"Assalamualaikum." salam diberi penuh sopan bersama ketukan di pintu.
"Waalaikumussalam. Sampai pun. Masuk masuk." pelawa Khairul kepada sahabatnya itu sebaik membuka pintu.
"Althaf dah sampai. Jemput duduk. Saya pun baru siap masak je ni. Boleh la kita makan selalu." tegur Anna yang baru keluar dari dapur bersama sambal kosong dan ayam goreng ditangan.
"Sedapnya bau. Sayang masak nasi lemak favourite abang ye?" Khairul mula naik daun. Dia memeluk pinggang isterinya dari belakang. Sempat dia membuat muka mengusik kepada Althaf yang sedang memerhati.
"Ish abang ni. Malulah. Althaf tengok tu." marah Anna. Suaminya ini tiba tiba terlebih manja pula. Tadi elok je duduk tengok drama melayu didepan TV.
"Alah. Apa pula nak malu. Dia pun ada isteri."
"Yelah. Tapi sekarang ni dia tetamu kita."
"Kau tak kisah kan Thaf?"
Althaf mampu jongket kening sahaja. Tahulah dia Khairul sedang menjalankan misi balas dendam kesumat dia tu. Patutlah beria ajak dia dinner di rumahnya. Ada agenda ternyata.
"Jemput duduk Thaf." pelawa Anna kepada Althaf.
Mereka bertiga mengambil tempat duduk di meja makan kayu sederhana itu. Anna membantu mencedokkan nasi lemak ke dalam pinggan Althaf dan Khairul.
"Sayang nak suap." Khairul nganga kepada isterinya. Konon comel. Padahal hauk!
Anna mula menyuapkan nasi lemak kepada suaminya.
Althaf pula sudah buat muka. Main kasar mangkuk ni.
"Seronok kenakan aku?" soal Althaf sebaik Anna berlalu ke dalam dapur.
"Kenapa? Panas tak lagi punggung kau tu?" Khairul terkekeh.
Althaf jeling. Ikutkan hati nak saja dia hempuk mamat ni. Memang kena betul peluru si Khairul kalini untuknya. Sudahlah dia rindukan Naura separuh mati. Boleh pula Khairul balas dendam begini.
"Well. 1 sama." penuh bangga Khairul berkata. Dia menang kalini.
"Fine." malas layan.
"Alolo jangan la merajuk. Meh aku peluk meh. Kesianla sahabat aku ni kena tinggal lama ye." Usik Khairul lagi.
Althaf menjeling.
"Kau ada bau tak?" Khairul menyoal tiba tiba.
Althaf geleng. Dia turut menarik nafas untuk mengenal pasti bau yang dimaksudkan oleh Khairul tadi.
"Bau apa?" soal Althaf.
"Bau bau orang kurang kasih sayang." ketawa tanpa bunyi.
Wajah Althaf sudah memerah hebat. Geram betul dia saat ini. Di adik adikkan dengan si Khairul begini bikin calar maruah diri!
"Kau memang kan. Siap kau aku kerjakan." dia bangkit dari kerusi.
"Kau dengar tak? Isteri aku panggil tu. Sat noh." Khairul larikan diri. Padahal tak ada siapa panggil pun. Tinggallah Althaf sendiri di meja makan. Lelaki itu merenung meja penuh kecewa.
Cepatlah balik sayang. Habib rindu.
Detiknya sendiri.*****
SABAH-FILIPINA
"Banyak dapat habuan malam ni, tuan?" tegur salah satu bawahannya kepada Althaf bersama Khairul dan Fahim yang baru masuk ke ruang makan.
"Bolehlah. For supper." jawab Althaf bersahaja. Dan lelaki yang menegur tadi hanya membalas dengan senyuman bersama anggukan.
YOU ARE READING
A Tale Of Naura
عاطفية[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu pergi meninggalkan dirinya tanpa sebarang kata. Tahun berganti tahun, takdir telah...