Kaki dibawa melangkah masuk ke dalam command bridge kapal itu. Dia baru selesai makan tengah hari bersama Anis sebentar tadi. Semua staf deck officer sedang tekun menjalankan tugas masing masing. Dapat dia lihat kapten sedang memantau krew yang sedang bekerja itu. Maknanya kapal dalam mode autopilot. Dia bergerak ke tempatnya bekerja.
Set sesiku dan jangka tolok diambil. Naura sibuk memplot laluan pada paper chart yang terbentang dihadapannya. Sudah menjadi tugasnya sebagai second officer. Dia mendongak melihat kapten Zakuan yang berada disamping.
"Kejap lagi awak tolong check stock ubat ubatan. Lepastu awak dengan Anis boleh join yang lain beriadah."
Laju Naura mengangguk. Bibir tidak lekang dengan senyuman. Yelah dapat greenlight untuk beriadah dengan krew yang lain.
Petang nanti dia orang akan adakan tournament badminton antara krew. Boleh la dia jadi penyokong tak berbayar dengan Anis. Maklumlah mereka berdua tak suka bersukan. Bak kata Anis, beriadah hanya untuk cuci mata. Naura ikutkan sahaja idea brilliant kawan satu itu. Asal bahagia.
Aip, cuci mata untuk menghilangkan bosan sahaja. Tiada niat lain okay. Tapi gadis itu walaupun encik tunang dah ada depan batang hidung masih nak cuci mata tengok lelaki lain. Aigo.
Selesai sahaja menyemak stok ubat ubatan, mereka tuju ke tempat pertandingan yang sudah dipenuhi krew yang lain. Dia ambil tempat duduk di bahagian depan. Jelas sikit.
"Eh, encik tunang kau tak marah ke kau cuci mata hari ni?"
"Tak. Dia tahu aku ni setia. Mana mungkin aku nak duakan encik fiance aku tu." Anis angkat kening beberapa kali. Bangga.
Naura ketawa. Ada sahaja perangai gadis satu ini. Nak tahu siapa tunang Anis? Siapa lagi kalau bukan pengendali kapal ni? Kapten Zakuan Saifullah. Untunglah kerja sekali dengan tunang. Tak payah susah susah nak rindu bagai.
Pandangan beralih ke hadapan apabila suara sorakan sudah bergema. Dia melihat dua lelaki sedang lincah memukul shuttlecock itu. Seronok mereka menjadi penonton, datang sudah encik tunang. Nak rembat kawan dia la tu. Mesti nak dating.
"Hoi, tu encik tunang kau dah gamit. Pergilah." Naura memberitahu sambil memuncung ke satu arah. Anis kalih ke arah tersebut. Laju sahaja dia bangkit.
"Kau okay ke aku tinggal sini?"
Naura melihat jam dipergelangan tangan.
"Okay, pergilah. Japgi aku nak pergi tengok view kat luar." Setelah memastikan dia okay, Anis berlalu bersama Zakuan.
Dia hanya mampu geleng kepala. Tak jemu ke dating hari hari? Dia tidak risau membiarkan Anis berduaan bersama Zakuan. Banyak manusia atas kapal ni. Mereka juga sudah besar panjang. Pandai lah nak hidup. Insha'Allah tidak berlaku sesuatu yang diluar jangkaan.
Naura berdiri di balkoni besi kapal itu. Badan dibongkokkan sedikit dengan kedua kedua tangan diletakkan atas besi balkoni itu. Dia membuang pandang ke arah laut yang ditemani langit berwarna merah. Hanya bertenang sambil menunggu sunset jatuh. Dia pejam mata menikmati angin bayu meniup kearahnya.
Dia buka kelopak mata. Telefon dikeluarkan. Beberapa keping gambar matahari terbenam diambil. Begitulah kehidupannya sepanjang belayar di atas laut. Tiada apa sangat yang perlu dilakukan di atas kapal ini. Tukar shif kerja, makan,tidur, beriadah dan tenung sunset. Ulang.
Tahu tahu sudah tiga bulan dia berada di atas kapal. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Tiada sebarang masalah. Dia juga menikmati sepanjang pelayaran itu. Wonderful experience.
Dia geser geser skrin telefon. Jarinya terhenti pada satu gambar. Dia ukir senyum nipis bersama keluhan. Gambar dia bersama Althaf semasa berkunjung ke rumah Nek Jah dulu. Telefon kembali disimpan. Agaknya apa lelaki itu sedang lakukan?
YOU ARE READING
A Tale Of Naura
Romance[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu pergi meninggalkan dirinya tanpa sebarang kata. Tahun berganti tahun, takdir telah...