BAB 50

5.7K 194 8
                                    

Kini, sedar tak sedar kandungan Naura sudah mencecah tujuh bulan. Sepanjang tempoh kehamilan, umi, mama, Anna dan abangnya tidak mengeluh melayan semua karenah pembawaan bayinya. Setelah dia disahkan hamil, umi tidak lagi membenarkan Naura untuk berlayar di laut.

Jadi, Naura hanya tinggal di rumah dia dan Althaf sahaja. Kadang kadang dia tinggal di rumah umi, kadang kadang di rumah mama. Malah, dia juga pernah menginap di rumah Anna dan mengikutnya pergi ke tadika tempat Anna bekerja untuk mengisi masa lapang yang sangat terlebih masa itu.

Sepanjang tempoh tujuh bulan ini juga, tidak pernah sekali pun dia mendapat khabar daripada Althaf semenjak lelaki itu meninggalkannya di atap hospital. Sesibuk sangatkah misi dia di Filipina itu sehingga tidak sempat untuk menghubungi dirinya di sini?

Ada juga dia bertanya soal keadaan suaminya kepada Eishan. Namun abangnya juga tidak tahu tepat keadaan mereka di sana. Entah betul atau tidak dia sendiri tidak pasti. Naura harap abangnya tidak mencuba menyembunyikan apa apa dibelakang nya.

Dalam tempoh itu juga, Naura sudah belajar menjadi isteri seorang tentera sejati dan perkara itu tidaklah mudah untuk dia harung sendiri. Segala urusan check up kandungan dia uruskan sendiri sahaja tanpa ditemani sesiapa. Bukan tiada yang ingin menemani tetapi dia yang menolak. Naura tidak mahu menyusahkan sesiapa. Biarlah dia belajar hidup berdikari tanpa suami di sisi. Mulanya Naura agak kekok untuk menguruskan semua sendiri, namun lama kelamaan tidak lagi.

Walaupun begitu, hatinya tetap merasa luluh, apatah lagi bila dia membuat check up kandungan. Tipulah jika dia tidak merasa cemburu dan terkesan melihat pasangan suami isteri yang lain semasa di klinik kandungannya.

Pernah juga tanpa sedar Naura menitiskan air mata saat melihat kemesraan dan kegembiraan pasangan lain yang bersama untuk membuat check up kandungan. Sedangkan dia hanya sendiri. Tanpa suami menemani di sisi. Bahkan suami sendiri tidak sempat mengetahui kewujudan anak di dalam kandungnya sehingga kini. Naura menangis kasihankan diri sendiri.

Tangan mengusap lembut perut yang semakin membesar itu. Tendangan halus oleh malaikat kecil yang menumpang dirahimnya membuatkan Naura tersenyum sendiri. Si kecil inilah yang menjadi penguat dirinya sepanjang ketiadaan Althaf. Cepat betul bayinya membesar. Lagi beberapa bulan sahaja si kecil ini akan menjengah ke dunia.

Naura teringat semasa kandunganya masih di fasa awal. Morning sicknesses yang dia alami sangat perit jika dikenang. Ada satu masa dia terpaksa dikerjakan ke rumah sakit kerana alahan yang teruk. Mujur ada Eishan dan keluarga yang memantau dan membantu dirinya. Segala jenis yang dia mengidam ditunaikan oleh Eishan. Terkadang rasa hiba di hati disebabkan dia perlu menjalani waktu waktu sejarah begitu dengan orang lain bukan suami sendiri.

Dia termenung sendiri. Tak lama lagi Althaf akan ulang tahun. Tapi lelaki itu tiada tanda tanda akan pulang di hari kelahirannya nanti. Tapi dia tetap menyimpan harapan, walau lelaki itu tidak akan pulang, cukuplah sekadar menerima berita tentangnya di hari tersebut. Itu adalah harapannya!

Epal hijau yang sudah siap dipotong oleh umi, Naura ambil. Umi yang sedang menyiram pokok bunga kesayangan itu ditenung.

"Umi, abang tak balik lagi?"

"Belum. Banyak kot kerja dia kat markas tu."

"Tapi dah dua hari dia tak balik. Busy sangat ke?" satu lagi potongan epal dicapai. Rasa masam daripada epal itu menggiurkan Naura.

"Umi pun tak tahu la dik. Nanti dia balik la tu. Kenapa? Kamu ada teringin apa apa ke?" Puan Khadeeja mengambil tempat duduk di hadapan Naura. Mereka berdua sedang duduk di laman luar rumah untuk menghirup udara segar.

"Tak adalah. Saja tanya." jawab Naura. Teh hangat yang dibancuh umi dihirup perlahan.

Selepas itu dia berborak dengan uminya sambil minum petang.

A Tale Of Naura Where stories live. Discover now