Althaf yang sedang menyiapkan laporan berhenti setelah menerima satu notification daripada Khairul. Massage dibuka.
Crazy Khai
-Kita dapat emergency signal.Big Thaf
-Suruh budak budak berkumpul. Aku datang.Crazy Khai
- Everyone ready.Dokumen ditutup. Dia bangun menuju ke bilik mesyuarat.
"Tuan!"
Khairul, Adam, Syafiq, Safuan, Haikal dan Fahim menegur ketua mereka yang melangkah masuk ke bilik tersebut.
"Information."
Khairul menayang slaid di layar. Terpampang maklumat maklumat penting pihak musuh. Khairul terang satu persatu.
"Siapa mereka?"
"Foreign pirates. Ada sebanyak 7 anak kapal satu ketua. 2 orang warganegara. Selebihnya disyaki warga asing, tuan. Jumlah semua di atas kapal 8 orang. Mereka juga lengkap dengan senjata. Perisik kita dapati mereka merancang untuk menyerang sempadan. Masa serangan belum diketahui."
"Perisik kita masih ada di sana?"
"Masih tuan."
"Kalau macam tu, sediakan kapal. Kita bertolak malam nanti."
"Kita nak attack ke tuan?"
"Nope. Kita pergi pantau dia orang dulu. Kita akan berada dekat dengan pasukan TLDM. Aku yakin dia orang akan serang pasukan tentera dulu untuk ceroboh sempadan. Kalau tiada tanda tanda menceroboh, kita tangkap mereka."
"Baik, tuan!"
Pintu bilik yang tertera nama Kapten Eishan Nazeem diketuk sebelum tombol pintu dipulas. Eishan Nazeem bersandar pada kerusi melihat wajah serius sahabat adiknya itu.
"Assalamualaikum tuan." Tabik hormat diberi. Althaf berdiri dalam keadaan rehatkan diri.
"Waalaikumussalam. Ada apa leftenan Althaf?"
"Kami menerima emergency signal tuan. Saya dah siapkan Bravo team saya. Kami akan bergerak ke perairan sempadan malam ni untuk pemantauan musuh tuan."
Laporan berkaitan misi diletakkan di atas meja kerja Eishan.
"Berapa lama?"
"Jangkaan saya mungkin 2 minggu tuan."
Anggukan daripada atasanya melegakan hati.
"Proceed."
"Terima kasih, tuan" sekali lagi tabik diberi.
"Come home safe Althaf. 2 minggu lagi Naura graduate."
Sempat Eishan berpesan sebelum dia keluar dari bilik tersebut. Sengaja dia memberitahu soal tersebut kepada lelaki itu kerana dia pasti adiknya belum sempat berkongsi berita tersebut.
Anggukan kecil diberi tanpa berpaling.
"Insha'Allah."
*****
Naura memarkirkan keretanya dihadapan kedai 7eleven. Enjin dimatikan. Setelah itu dia masuk ke dalam kedai mencari makanan kegemaran. Peti sejuk dibuka lalu aiskrim brownies dan aiskrim kitkat dicapai. Peti sejuk seterusnya dituju. Milo kotak dan sebotol green tea diambil. Not kertas 30 dikeluarkan untuk pembayaran.
"Reen!" Naura yang sedang membuka pintu kereta menoleh ke arah suara yang menegur.
"Haziq. Buat apa kat sini?"
YOU ARE READING
A Tale Of Naura
Romance[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu pergi meninggalkan dirinya tanpa sebarang kata. Tahun berganti tahun, takdir telah...