BAB 15

9.1K 359 9
                                        

Pasti by cherpen band menjerit minta diangkat. Naura melihat nama pemanggil. Dia geser ikon hijau apabila melihat nama Anna tertera di skrin. Laju sahaja dia menyapa sebaik panggilan diangkat.

"Assalamualaikum cinte."

"Waalaikumussalam. Amboi, bunyi macam happy je. Ada apa apa ke?"

"Of course la happy. I nak balik kampung esok."

"Since when kau happy balik kampung time aku tak ada?"

"Bukan kampung kita lah. Kampung Althaf?"

"Wait. What? How?"

"Saja. Aku yang nak ikut dia. Boleh la aku healing tengok sawah nenek dia."

"Healing tengok sawah ke tengok cucu tuan punya sawah?"

Naura gigit bibir mendengar soalan daripada sepupunya. Dia garu kepala yang tidak gatal. Anna kembali menyoal apabila Naura hanya mendiamkan diri.

"You still love him? Kau belum move on pun sebenarnya. Am I right?"

"M-mana a-ada." Naura berdalih.

"Babe, sampai bila kau nak macam ni?"

Sepi.

Naura menarik nafas dalam di lepaskan perlahan. Dia pejam mata erat.

"Yes I am. Kau pun tahu kan aku memang cintakan dia dari dulu lagi. He is my first love. Walaupun kami berpisah sebelum ni aku tetap cintakan dia dan akan terus cintakan dia. Dulu kini dan selamanya. He is the only one. I just want Ayden Althaf."

"Till when? Kau tak nak confess? Kau tak penat ke pendam perasaan tu berabad? 16 tahun Naura, 16 years!"

"16 tahun tu juga la aku masih cintakan dia. Mungkin dulu aku ingat semua ni cuma cinta monyet atau perasaan terhutang budi sebab dia pernah selamatkan nyawa aku dulu. Mungkin juga perasaan belum matang. Tapi aku sedar sampai sekarang aku masih cintakan dia, Anna. Kau tahu betapa bersyukurnya aku bila dia datang balik? I felt like i am the luckiest person ever."

Anna melepaskan keluhan di hujung talian.

"Kau tak penat kena friendzone?"

"Aku okay kalau itu jalan terbaik. Asalkan dia ada dengan aku. Aku tak nak disebabkan perasan aku, persahabatan kami selama ni musnah. I'm afraid of losing him. Aku lebih sayangkan persahabatan kami daripada hati aku sendiri."

"Listen Eireen Naura. Kau tahu kau akan sakit nanti kan? Macam mana kalau dia ada orang lain? Apatah lagi kalau kau bertekad untuk pendam macam ni terus. I just want to tell you. I think it's better that you just tell him. Aku tak nak kau menyesal nanti Naura. Sometimes we need to confess about our feelings. Confess not for their answers but untuk kurangkan beban di dada. Just let them know and never mind what their think. It's all about your heart. Kau faham kan maksud aku?"

"I get it." Naura menjawab sambil mengangguk walaupun dia tahu Anna tidak akan nampak perbuatan tersebut.

"No matter what, I always support you Naura."

"Thanks Anna. I really appreciated it. I got to go. Bye."

Dia melepaskan keluhan apabila panggilan ditamatkan. Mr chagiya dipeluk erat. Dia tidak tahu harus bagaimana. Dia tidak mahu memberitahu soal perasaan ini kepada Althaf. Dia tidak mahu persahabatan mereka musnah begitu sahaja. Dia sangat sayangkan lelaki itu. Walaupun hanya sebagai teman dia sudah bersyukur asalkan lelaki itu berada bersamanya.

                              *****

Seperti yang dijanjikan Althaf datang untuk menjemput Naura. Bagasi milik gadis tersebut dia masukkan ke dalam bonet audi r8 putih miliknya. Naura tenung lama kereta tersebut. Kereta dia ke? Setahunya kereta Althaf adalah BMW.

A Tale Of Naura Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang