10 TAHUN YANG LALU
Wajah yang berada dikeliling katilnya ditenung satu persatu. Anak matanya berhenti pada Eishan. Lelaki itu membalas pandangan Eireen Naura sebelum perlahan dia geleng kepala.
Dia tahu gadis itu sedang mencari kawan sepermainannya. Melihat air mata adiknya membuatkan perbualan antara dia dan Althaf kembali terimbas.
Rantai leher dihulurkan kepada Eishan Nazeem.
"Aku titip untuk Naura. Pastikan dia pakai Eishan. Kau cakap dekat dia itu hadiah persahabatan kita orang selama ni."
"Kau tak nak jumpa Naura dulu?"
Althaf geleng.
"Aku tak nak ganggu emosi dia. Dia baru keluar operation. Aku tak nak tambahkan sakit dia."
"Tapi kau tahu dia akan lagi merana kalau kau pergi macam tu saja kan? Plus, kau tak bagi tahu dia langsung pasal kau nak pindah dari sini. Kau ingat adik aku boleh terima?"
Diam.
"Kau satu satunya kawan adik aku Althaf. Hilang kau hilang lah kegembiraan dia. Kau tahu dia sangat berharap pada kau kan?"
"Ya, aku tahu. Aku pun sayangkan dia. Dia lah kawan paling sempurna yang pernah aku jumpa. She's the best ever. Tapi. Aku takut. Aku takut kalau aku nampak dia menangis makin berat hati aku nak tinggal dia Eishan."
Eishan mengeluh kecil.
"Aku faham."
"Terima kasih sebab faham. Insha'Allah, aku akan kembali suatu hari nanti. Tolong jagakan sahabat aku elok elok Eishan. Kau pesan pada dia, aku janji aku akan datang cari dia suatu hari nanti. Aku minta maaf."
Eishan angguk.
"Aku pergi dulu. Semoga kita berjumpa lagi. Assalamualaikum."
Salam dijawab.
"Aku tahu macam mana nak jaga adik aku Thaf. Kau yang patut jaga diri." ujar Eishan perlahan. Cukup sekadar halwa telinganya yang mendengar.
Althaf tersandar di balik dinding. Air mata lelakinya tidak lagi mampu ditahan.
"Maafkan aku Naura. Aku tak berniat nak tinggalkan kau. Tolong jangan benci aku."
Air mata yang mengalir makin lebat. Eishan Nazeem bingkas menuju kepada adik bongsunya. Tersedu sedu gadis itu menangis. Tubuh genit itu dipeluk.
"Kenapa dia tinggal adik, abang? Apa salah adik? Kenapa dia tak bagi tahu adik langsung, abang? Dia dah tak nak kawan dengan adik ke? Adik jahat ke sepanjang berkawan dengan dia?"
Rambut adiknya dielus perlahan
"Shhh... jangan nangis, precious. Ada sebab dia pergi. Adik tak salah. Dia janji dia akan datang balik cari adik suatu hari nanti. Adik tolong faham keadaan dia ya? Jangan benci dia, Naura."
END
Eishan Nazeem masih mendiamkan diri. Dia sedang memahami apa yang sedang terjadi.
"I am back, Eishan. I keep my word."
Sepi.
"Aku minta maaf aku lambat Eishan. Puas aku cari kau bertahun tahun..."
"Diam!"
Agak terkesan dia dengan kata itu. Tapi dia masih cuba ingin menjelaskan.
"Eishan, aku..."
Tanpa dia duga, Eishan Nazeem pantas memeluk dirinya. Belakang badannya ditepuk.
Althaf terkesima dengan tindakan itu. Setelah beberapa minit, pelukan dileraikan.
"Terima kasih Thaf, terima kasih sebab pegang janji kau. Terima kasih sebab kembali. Kalau Naura tahu, mesti dia happy."
Eishan Nazeem berkata sambil tersenyum.
"Kau jangan bagi tahu dia lagi boleh? Aku nak jumpa dia sendiri. Aku tak nak dia tahu dari orang lain."
Eishan mengangguk faham.
"Aku percaya kau."
Dalam hati dia memanjatkan syukur. Setelah bertahun sejak kepergian Althaf, kegembiraan adiknya juga seolah dibawa pergi. Walaupun gadis itu sering tertawa tapi masih jelas kekosongan dalam setiap tingkahnya.
Apabila dia tahu bahawa lelaki ini sudah kembali, pasti dialah insan yang paling bahagia. Dia berharap, adiknya akan kembali seceria dulu dengan kehadiran sahabat lamanya ini.
*****
Naura bergegas menuju ke pagar sebaik mendengar bunyi enjin kereta abangnya. Dia tersenyum riang melihat sosok tercinta keluar dari perut kereta.
"Abang!!" Naura berlari memeluk Eishan.
Eishan tergelak kecil.
"Kenapa adik, abang ni? Ada apa apa ke?"
Naura geleng kepala.
"Saja, rindu abang Naura ni. Kenapa abang balik lambat?"
"Ada kerja sikit. Adik dah makan?"
"Dah."
"Bagus lah. Dah jom masuk dalam. Tak elok angin malam. Abang nak masuk mandi." rasa melekit seluruh tubuh dek kerana berpeluh.
Seraya itu Naura angguk setuju.
*****
Selesai membersihkan diri, Naura menawarkan diri untuk meneman abangnya makan malam.
Eishan menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut. Naura yang sedang berada di hadapan dipandang sekilas.
"Adik, nanti abang tak ada seminggu. Ada khusus dekat PD."
"Alaaa, apeni? Lama ke?"
"Tak lama mana. Macam biasa."
Fahamlah dia apa yang dimaksudkan dengan macam biasa daripada abangnya itu. Makan minggu juga lah.
Naura mengeluh kecil.
"Anna dah balik johor, abang pula nak pergi PD. Habistu Naura?" hanya mereka berdua tempat dia bersandar bahu. Dengan kepergian mereka berdua, hidupnya seolah akan kembali suram.
"Adik pergi kelas la, mana lagi. Apa punya soalan. Adik lupa ke yang adik tu student?"
Naura tayang sengih sambil menggosok belakang lehernya. Betul juga tu. Kuban Kuban kau ni Naura.
"Abang hari tu kan adik ada ternampak satu kasut ni cantikkk sangat." sengaja dia berkias.
"Lepastu?" Eishan pura pura tak faham.
"Nothing. Saja nak cakap kasut tu cantik."
"Berapa? Nanti abang transfer."
"Aww. Betul ni?"
"Hm."
"Makasih abangku yang somel!"
Eishan hanya angguk. Nasi goreng dicedok untuk kali kedua.
"Siapa masak?" sedap betul nasi goreng ni.
"Adik ler. Kenapa? Sedap ke?"
"Tak. Tawar je nasi goreng kau ni dik." dalihnya.
"Eleh. Tawar tawar pun dah masuk round two. Cakap jelah sedap." poyo je abangnya ini. Setelah itu dia beredar dari meja makan dan duduk di ruang tamu. Macam biasa. Layan drama korea.

YOU ARE READING
A Tale Of Naura
Romance[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu pergi meninggalkan dirinya tanpa sebarang kata. Tahun berganti tahun, takdir telah...