BAB 47

5.5K 195 11
                                    

4 BULAN KEMUDIAN...

Sejambak bunga ros putih yang sudah layu itu diganti dengan yang baru. Pasu bunga itu diletakkan di atas meja kecil yang berada di sisi ruangan. Sudah 4 bulan dia melakukan perkara yang sama. Dia sentiasa memastikan ruangan bilik itu sentiasa segar dan bersih.

Selesai tugas hariannya, dia duduk di sisi katil pesakit. Wajah susut Haziq dipandang sayu. Syukur lelaki itu sempat diselamatkan daripada kejadian tempoh hari. Cuma, lelaki itu berada dalam keadaan koma kerana peluru hampir terkena organ pentingnya.

"Kau tak nak bangun lagi ke, ziq? Kau masih marahkan aku? Bangunlah. Kau cakap nak cari awek yang cantik daripada aku lepastu nak show off dekat semua orang. Kalau kau tidur je macam ni siapa je yang nak dekat kau?" Naura berbicara dengan Haziq tapi ibarat bercakap dengan diri sendiri. Haziq hanya terlantar tanpa sebarang respon.

"Tak apalah. Kau rehat lama mana kau nak. Tapi make sure kau bangun nanti kau jangan amnesia pula. Kalau ya, aku dah tak nak kawan dengan kau lagi. Sebab kau lupa member."

Naura menoleh saat seseorang membuka pintu wad. Terpapar wajah Althaf yang sedang tersenyum kepadanya bersama bungkusan makanan. Hari ini, dia dan Althaf melawat Haziq bersama.

Mereka duduk di sofa yang tersedia. Bungkusan makanan tadi diletakkan di atas meja. Althaf membeli nasi goreng paprik untuk makan tengah hari mereka. Satu bungkus dibukakan dan disuakan kepada Naura. Althaf turut membantu menuangkan lauk paprik yang dibungkus asing ke atas nasi goreng milik isterinya.

"Thank you." ucapnya kepada Althaf kerana telah menyediakan makanan untuknya.

Mereka menadah tangan membaca doa makan yang dibaca oleh Althaf.

"Agaknya, bila dia nak sedar eh?" soal Naura sebaik mengerling Haziq yang terbaring di sebelah.

"Insha'Allah, soon. Aulia pun dah cakap dia semakin membaik." sokong Althaf. Doktor yang merawat Haziq sepanjang berada di hospital ini adalah Aulia, kakak sepupu Naura sendiri. Jadi urusan menjadi lebih mudah untuk diuruskan.

"Aamiin..." hanya itu yang mampu dia luahkan.

"Sayang, balik ni kita singgah markas sekejap boleh? Habib ada hal sikit. Kejapp jee.."

"Boleh. Tak kisah pun. Dah kerja kan." semenjak kejadian hari itu, Althaf tidak mahu berenggang langsung. Kemana sahaja dia pergi mesti diangkut Naura sekali. Kecuali jika dia perlu masuk operasi. Itupun Naura pasti akan dititipkan ke rumah keluarga untuk keselamatan isterinya. 

Nasi goreng tadi dicedok.

"Sayang. Say 'aaaa'." Althaf mahu menyuapkan Naura dengan gaya kapal terbang dengan mulut yang ikut ternganga seperti isterinya.

"Aaaa" Naura turut terikut membuka mulut. Sesudu nasi goreng selamat mendarat ke dalam mulutnya.

"Good girl." pujinya.

Naura senyum. Dia juga mengambil sudu untuk melakukan perkara yang sama untuk suaminya. Selepas itu, mereka menikmati makan tengah hari dengan gembira dan mesra.

*****

Naura berganding tangan dengan Anna. Seronok mereka keliling mall itu. Tak terasa sudah tiga jam mereka berada di sana. Kini mereka berjalan di bahagian restoran yang menjual pelbagai jenis makanan.

"Hmm.. Sedapnya bau laksa." ujar Anna sebaik melalui sebuah restoran yang bernama Warisan. Naura menoleh ke dalam restoran. Ada beberapa tempat kosong yang boleh mereka duduki.

"Kau nak? Jom. Aku belanja." Tanpa menunggu balasan, Naura terus menarik tangan Anna memasuki restoran tersebut dan tempat kosong yang dicari tadi dituju. Dia menolak Anna duduk di kerusi.

A Tale Of Naura Where stories live. Discover now