Perlahan lahan mata dibuka. Pandangan terus ditala ke arah segenap bilik yang sangat asing baginya itu. Kosong. Dia sedang berada di dalam satu ruang yang usang dan hanya bertemankan satu mentol yang sudah malap cahayanya.
Dapat dia rasakan kedua belah tangan dan juga kakinya tidak bebas bergerak. Dia terikat di atas lantai. Sah! Dia diculik dan dijadikan tebusan!
Tubuh genitnya meringkuk menahan sakit yang sedang berdenyut di kepala.
"Hssttt..Ouch!" dia mengerang kesakitan.
Penuh payah dia berusaha untuk bangkit duduk. Posisi mengiring begini sangat menyakitkan tubuhnya.
Kepala digeleng beberapa kali untuk menghilangkan rasa pijar di kepala. Setelah bersusah payah, akhirnya dia berjaya bangkit dari baring dan duduk bersandar pada dinding.Naura cuba bertenang. Hati tidak henti henti berdoa memohon kekuatan daripada tuhan. Dia tidak boleh gegabah. Ini bukan kali pertama untuknya. Jika dulu dia berjaya selamatkan diri daripada penculik dengan usia yang masih muda, Naura yakin kali ini juga dia mampu untuk hadapi. Dia gadis yang kuat. Dia tidak boleh lemah.
Dia menganalisis sekeliling. Dia berada di mana saat ini? Dia pasti dirinya saat ini tidak berada di atas kapal kerjanya yang menempatkan rakan setugasnya yang lain.
Dengan keadaan dinding yang sudah berlumut, mentol yang bila bila masa sahaja boleh berhenti menyinarkan cahaya kepadanya, Naura pasti ini adalah bangunan terbengkalai. Malah, dia juga dapat menduga bahawa tempat ini berada di kawasan yang terpencil disebabkan para penculik itu tidak mengunci mulutnya sama sekali.
Haziq! Dia terus teringatkan Haziq. Dia yakin Haziq juga turut ditangkap dan dijadikan tebusan bersamanya.
Tapi. Hanya dia sendiri yang berada di dalam bilik ini. Tiada bayang lain. Agaknya dimanakah lelaki itu berada?Tiba tiba kedengaran bunyi tapak kaki sedang berjalan kearah biliknya. Dia terus bertukar kepada mood berjaga jaga.
Tap.
Tap.
Tap.
Langkah kaki semakin menghampiri.
Sesaat kemudian, pintu usang itu dikuak dari luar. Naura menanti wajah yang akan muncul. Agak mendebarkan apabila dia teringat akan cerita Althaf tentang wajah wajah 'tidak siap' para lanun di pengairan ini. Malah, tingkah laku mereka turut berbahaya.
"Dah bangun?" suara yang sangat dia kenali.
Dia terus menghela nafas lega. Kini, cukup jelas matanya mengenali sosok itu walaupun sekadar disinari oleh cahaya yang malap.
"Haziq..." serunya penuh syukur.
Naura mengesot sedikit kehadapan untuk memudahkan dirinya berbual dengan lelaki itu.
"Kau okay? Dia orang ada pukul kau?" soal Naura penuh risau. Seluruh tubuh lelaki itu diperhati. Risau dia jika sahabatnya itu tercedera.
"Sumpah aku risaukan kau. Baguslah kalau kau okay. Tapi. Macam mana kau boleh terlepas? Tak ada orang berkawal dekat luar?" Dia masih tidak putus soalan.
Namun, satu pun tidak dijawab oleh Haziq. Lelaki itu hanya diam statik di bawah cahaya lampu tadi. Entah kenapa dapat dia rasakan aura yang lain daripada lelaki itu. Dari segi pakaiannya, renungan matanya, riak wajahnya. Sangat berbeza. Seolah bukan Haziq yang dia kenal. Wajahnya tidak seceria dan semanis selalu.
"Jangan la berdiri saja dekat situ. Buka la ikatan ni cepat. Nanti lanun tu datang macam mana?" Naura tidak puas hati apabila lelaki itu seolah mengabaikan dirinya. Oktaf suara masih cuba dikawal. Tidak mahu sesiapa yang berada di luar mendengarnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
A Tale Of Naura
Romance[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu pergi meninggalkan dirinya tanpa sebarang kata. Tahun berganti tahun, takdir telah...