"Selamat hari raya, papa!" kembar itu mengucap serentak kepada Althaf yang sudah duduk di atas sofa untuk sesi bermaafan di pagi raya.
"Selamat hari raya juga twins kesayangan papa." Althaf membalas ucapan seraya menarik keduanya masuk ke dalam dakapan.
"Siapa nak minta maaf dulu ni?" Althaf menyoal kepada anak kembarnya.
"Abang!" jawab Nufail segera sebelum dicantas oleh Nayla.
Sekonyong-konyong, Nayla mencebik bibir. Abangnya memang suka menyakitkan hati. Nasib baik hari ni hari raya, jadi dia maafkan. Tanpa menghiraukan Nayla yang sudah muncung mulut, Nufail tetap melutut dihadapan Althaf untuk sesi bermaafan. Sempat dia menguis kecil kaki adiknya yang menghalang menggunakan lutut. Tidak apa jahat sekejap, nanti dia minta maaf.
Tangan Althaf dipaut. Dia menatap wajah tenang Althaf. Bersedia untuk memohon maaf.
"Nufail minta maaf atas semua salah silap Nufail dekat papa. Maaf Nufail selalu buli adik. Maaf Nufail patahkan side mirror kereta papa bulan lepas. Maaf Nufail terlanggar pasu bunga mama haritu. Nufail pun tak tahu macam mana tayar basikal Nufail boleh bergolek ke situ. Maaf Nufail degil. Maaf Nufail selalu ponteng kelas mengaji dengan tokma."
"Yelah. Papa maafkan semua salah Nufail. Sebab papa tahu anak papa ni baik orangnya. Cuma degil sikit. Lepasni jangan ulang lagi okay." kepala anak lelakinya dibelai dengan kasih sayang.
Anak kecil itu angguk laju.
"Okay. Nufail janji Nufail akan berubah. Tapi Nufail tak tahu la bila. Nufail janji je." katanya bersahaja tanpa riak jenaka.
Serta merta semua yang berada di situ melepaskan tawa dengan hujung ayat budak lelaki itu. Althaf juga terkedu seketika. Ada ada sahaja perangai anak lelakinya ini. Belum masuk lagi dengan si adik. Tak tahu la sesi bermaafan ini akan berakhir seperti mana.
"Terima kasih jadi papa yang baik untuk kita orang sepanjang sembilan tahun ni. Nufail sayang papa." sambung Nufail lagi lalu dia tunduk mencium belakang tangan Althaf dengan lembut.
"Papa sayang Nufail juga. Nah, duit raya." satu sampul duit raya yang berisi Rm1000 dihulur kepada Nufail.
Serta merta bibir mengoyak senyum saat huluran diterima.
"Terima kasih papa." ucap Nufail untuk pemberian duit raya itu.
"Sama sama."
Sekonyong-konyong,
"Dah la tu abang Nufail. Nayla la pula salam dengan papa. Abang ni lama la. Tula banyak dosa lagi." Nayla di sebelah memerli sambil menolak abangnya ke tepi sebelum dia melutut didepan Althaf pula.
"Nayla...." tegur Althaf serius dengan kesalahan yang dilakukan oleh anak gadisnya itu.
Serta merta anak gadis itu ukir senyum bersalah. Alamak, nanti duit raya kurang. Seraya itu Althaf hanya mampu geleng kepala. Tangan dipaut oleh Nayla.
"Selamat hari raya papa. Nayla minta maaf kalau Nayla ada salah dengan papa. Walaupun Nayla tahu Nayla tak ada salah, Nayla tetap nak minta maaf. Kalau Nayla ada salah pun, semuanya berpunca daripada abang Nufail. Sebab dia annoying." tutur Nayla dengan polos sambil membuat muka kepada abangnya yang sudah terkebil di sebelah.
Nufail tercengang. Pagi pagi raya dah kena fitnah. Sekonyong-konyong, Nufail juling mata ke atas. Kenapalah dia ada adik macam ni. Althaf yang sudah menduga ayat Nayla tersengih. Seperti biasa, setiap kesalahan Nayla pasti akan dituduh kepada Nufail.
"Jadi, Nayla ada salah ke tak tahun ni?" Althaf bertanya.
"Ha, Nayla ada salah. Tapi sikit je. Kejap Nayla fikir apa salah Nayla." katanya sambil mengetuk dagu sendiri. Berfikir.
YOU ARE READING
A Tale Of Naura
Romans[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu pergi meninggalkan dirinya tanpa sebarang kata. Tahun berganti tahun, takdir telah...