BAB 43

5.5K 186 7
                                    

"Untuk yang sudah beransur pulang, terima kasih sudi datang memeriahkan majlis mempelai kami. Yang baru sampai boleh ambil makanan dan tempat duduk. Selamat menjamu selera saya ucapkan."  Suara DJ yang sedang mengawal majlis.

Hari ini adalah hari dimana majlis bersanding Anna dan Khairul dilangsungkan. Nampak cantik dan sepadan mereka berdua yang memakai busana pengantin konsep klasik bewarna hitam emas itu.

Althaf dan Naura sibuk mengusik pasangan pengantin baru tersebut.

"Eii, cantik la cousin aku ni. Cepat cepat bagi aku anak buah." Naura berseloroh.

"Amboi! yang kahwin dia dulu. Tapi  nak anak buah aku pula yang kena?" Bukan main demand permintaan Naura itu. Main oder aje dia ha.

Naura merapatkan tubuh pada Anna untuk berbisik.

"Kalau macam tu kita sama sama menyumbanglah. Baru la anak kita boleh jadi bestie idok?" Naura memberi cadangan.

Seraya itu mereka berdua ketawa kecil bersama.

"Amboi, seronok gelak. Sembang apa?" tegur Khairul yang baru sampai bersama Althaf.

"Woman business." jawab Anna.

Khairul yang mendengar jawapan daripada isterinya mencebik bibir.

"Yelah tu. Ha, Naura. Awak jangan ajar isteri saya yang bukan bukan eh? Kalau dia macam macam, saya cari awak dulu." Khairul memberi amaran.

Anna dan Naura saling membalas isyarat mata.

"Kau siapa nak ugut ugut isteri aku?" sampuk Althaf.

Lelaki itu senyum mencurigakan kepada sahabatnya.

"Aku? Aku kan kesayangan kau." dia melagakan bahu dengan bahu Althaf.

Althaf menjeling. Mula dah biul dia.

"Anna. Bela elok elok anak syurga ni. Kuat menggelitis budak ni. Aku harap kau tabah dengan dia." pesan Althaf.

Agaknya macam mana la isteri kawannya ini mampu bertahan dengan perangai mamat sekor ni.

"Eleh! Sedap mengata aku. Ehem! Sekarang aku dah ada bini. Kau jangan lupa apa aku cakap dulu." Khairul menjongket kedua belah kening beberapa kali.

"Apa?" Althaf buntu. Banyak sangat ayat yang keluar dari mulut mamat ni. Tak ingat dah mana satu.

Naura yang berada di hadapan ditenung.

"Naura, awak dah masuk kerja kan esok?" soal Khairul kepada Naura yang sedang memakan aiskrim Malaysia itu.

"Haah. Kenapa?" pelik Naura melihat senyum busuk dari Khairul.

"Padan muka kau, Thaf. Kena tinggal la kau ye. Haritu kau menggedik dengan aku kan. Ha, lepas ni hari hari aku nak berpeluk depan kau. Kau pula time tu dah alone. Bini tak ada kat sebelah. Biar panas punggung kau tu aku kerjakan nanti. Baru kau tahu langit tinggi ke rendah." setelah itu dia ketawa jahat. Puas hati dia bakal dapat merealisasikan impiannya satu itu nanti.

Althaf pula jangan ditanya. Memang dingin mukanya setelah dibahan Khairul tadi. Bukan main tajam dia merenung si Khairul itu. Hampir tembus dibuatnya.

"Hah! berani ke kau nak buat? Kalau kau teringin nak kena selam dengan aku cubalah menggedik. Aku humban kau dalam lautan Hindi nanti. Biar tahu rasa." Althaf mengugut.

Khairul membuat muka seolah 'tidak takut' dengan ugutan sebentar tadi.

"Kau tu pun apa kurangnya. Si Anna ni kerja di Johor. Kau sedar diri kau tu duduk mana." Althaf masih lagi mahu melawan.

A Tale Of Naura Where stories live. Discover now