BAB 9

8.8K 418 5
                                    

Jam di pergelangan tangan dipandang. 3:30 petang. Pasti gadis itu sudah mahu pulang dari kelas.

Pantas dia bangkit dari duduknya. Tshirt hitam disarung. Topi hitam dipakai menutupi rambut. Cermin mata hitam turut diletakkan atas batang hidungnya. Perfect.

Althaf menarik nafas dalam. Hari ini dia akan berterus terang dengan Naura siapa dia sebenarnya.

Dia peluk tubuh dan bersandar pada BMW miliknya. Mata ligat mencari kelibat gadis kesayangan. Gaya santainya saat ini menarik banyak mata gadis muda di universiti itu. Dia endahkan sahaja. Sudah lali dengan pandangan begitu. Dan dia tidak berminat untuk melayan.

Tiga puluh minit berlalu. Senyum terukir sebaik melihat wajah yang dicari muncul. Cepat cepat dia membuka langkah menuju ke arah gadis tersebut.

"Dah habis kelas?"

Nasib baik break kaki dia masih kuat mencengkam sebelum terbabas. Naura tersentak sebaik melihat wajah itu berdiri di hadapannya. Dan mungkin lelaki itu juga tersenyum walaupun sekadar 0.05 saat sebentar tadi sebelum kembali menayang wajah tidak beremosinya itu.

Lelaki iceberg itu senyum? Senyum kepadanya? Dia yakin yang lelaki itu baru sahaja senyum kepadanya. Atau mungkin dia salah lihat?

Pantas Naura menghalau fikiran itu. Bukan senyuman itu yang patut dia tumpukan.

"Awak buat apa kat sini? Macam mana awak tahu saya ada dekat sini? Awak tak kerja hari ini? Ke awak nak topi awak balik?"

Soalan seperti peluru itu tidak dijawab.

Tali beg galas yang sedang digalas oleh gadis itu ditarik menyebabkan Naura terus mengikut langkah kaki Althaf. Naura yang tidak bersedia tidak mampu untuk melawan. Tambahan pula bukan main kemas lelaki itu menggengam tali beg galasnya.

"Ehh. Apa heret heret orang ni. Awak nak bawa saya pergi mana?"

"Ikut saja."

Naura terus meronta namun tali beg itu langsung tidak terlepas dari genggaman lelaki itu.

Rasa macam kanak kanak tadika dipaksa naik van putih pula.

"Tak nak. Baik awak lepas. Kalau tak saya jerit. Biar awak kena tangkap. Lepastu kena tindakan disiplin."

"Cubalah kalau berani."

"Jangan nak.."

"Masuk." arah lelaki itu sebaik mereka tiba di parkir kereta.

"Kenapa pula? Saya tak nak!"

"Aku cakap masuk Naura. Atau kau nak aku dukung kau masuk dalam kereta baru nak reti?" ugutnya.

Eireen Naura berdecit.

"Tak payah. Saya masuk sendiri."

Tah apa apa lelaki ini. Dari arah mana datang tak tahu, tiba tiba nak kidnapped dia pula.

Sepanjang perjalanan, pandangan hanya dilemparkan ke luar tingkap. Dari tadi mereka langsung tak bersuara. Kekok Naura dibuatnya. Dah la dipaksa ikut, lepastu diam tak bersuara macam tu. Tengah practice duduk dalam kubur ke apa.

"Cuba cakap kita nak pergi mana?"

"Mana mana je."

"Heh mamat ni! Awak jangan macam macam. Saya ni setakat nak jadi pembunuh tak diiktiraf, celah gigi je tau. Tak pasal pasal underground awak tu nanti saya kerjakan."

"Kalau berani sangat kenapa tak underground kan saja lelaki yang kejar kau hari itu? Buat apa minta tolong aku kalau boleh settle sendiri? Atau hari tu deria pembunuh kau menyorok dalam kain?"

A Tale Of Naura Where stories live. Discover now