16 TAHUN YANG LALU
Althaf - 12 tahun
Naura - 9 tahunGadis kecil itu mengerang kesakitan setelah dipukul oleh penculik yang berpakaian serba hitam tadi. Dia duduk memeluk lutut. Telinga ditutup. Guruh tidak henti henti berdentum di luar. Dia menangis perlahan.
"Abang tolong. Adik takut. Umi, abah. Adik nak balik."
Dia memandang sekeliling. Ada satu tingkap pecah di situ. Dia bangkit perlahan lahan. Tiada orang diluar. Hanya hujan lebat sahaja yang menguasai.
Naura lompat keluar dari tingkap tersebut. Tanpa sengaja, dia mendarat di atas satu tin kosong. Penculik yang berjaga di luar berpaling kearahnya. Pantas dia berlari keluar dari bangunan itu. Dia menangis teresak esak apabila penculik itu mengejarnya. Dia berlari ke arah jalan raya kemudian bersembunyi di sebalik kereta.
Tiba tiba satu tangan kecil menutup mulutnya dan menarik pergi dari situ. Naura pejam mata. Dia tidak tahu dibawa kemana. Dia terlalu takut untuk membuka mata. Nafas turun naik. Dia membuka mata perlahan lahan apabila tangan kecil itu tidak lagi menutup mulutnya. Terkejut Naura melihat budak lelaki itu. Dia letak jari telunjuk di bibir.
"Shhh... Aku ada. Kau dah selamat."
Saat ini mereka berdua menyorok di bawah kerusi belakang di dalam sebuah kereta. Naura jenguk ke hadapan. Dia lihat ada kad pegawai polis tergantung di situ. Dia melepas nafas lega. Dia berada di dalam kereta polis. Setelah memastikan tiada lagi penculik di situ mereka berdua keluar dari bersembunyi. Naura memandang tepat ke arah budak lelaki itu.
"Jangan risau papa aku polis."
Naura mengangguk. Seorang lelaki dewasa membuka pintu kereta. Lantas budak lelaki itu memeluk papanya. Pegawai polis itu menjenguk Naura yang sedang menunduk. Lalu wajah anaknya dipandang. Budak lelaki itu menceritakan hal yang terjadi. Kemudian pegawai polis itu memeluk Naura yang sedang ketakutan.
Di balai polis, Naura duduk di sebelah budak lelaki itu. Satu lolipop dihulurkan kepadanya. Dia menunduk tanda terima kasih.
"Nama aku Ayden Althaf. Kau?"
Naura mengangkat kepala memandang wajah budak lelaki itu.
"Eireen Naura."
"Oh. Kau dengar tak apa nama aku tadi Naura?"
Naura mengangguk. Dia menjawab perlahan.
"Althaf."
Budak lelaki itu tersenyum kepadanya. Dia suka nama itu. Sejak dari peristiwa tersebut mereka berdua sering bertemu dan mereka menjadi kawan rapat sehingga sekarang.
End.
*****
Althaf membuka mata apabila merasa sesuatu yang bergerak. Dia pandang Naura yang sedang mencapai segelas air di sisi katil. Pantas dia bangun dan mengambil gelas tersebut. Naura meneguk air yang dihulur Althaf dengan rakus. Kemudian dia kembali berbaring. Kepala yang berbalut dipegang. Mungkin akibat pukulan semalam.
"Kenapa tak panggil?"
"Aku tak nak ganggu kau tidur." perlahan dia menjawab. Dia takut melihat wajah lelaki itu. Dia pasti Althaf mesti sedang marah padanya. Althaf merasa dahi Naura. Demamnya sudah kebah. Apabila Naura kembali terlelap dia berlalu ke dapur. Bubur yang dimasak untuk Naura tadi dia panaskan semula. Kemudian dia membancuh milo panas untuk gadis itu.
Bahu Naura ditepuk perlahan. Gadis itu membuka mata. Dia bantu Naura duduk bersandar. Bubur ditiup lalu disuakan kepada Naura. Naura hanya menurut apa yang lelaki itu dilakukan. Marah benar lelaki itu dengannya. Dia langsung tidak bercakap dengan dirinya sedari tadi. Althaf bangkit setelah gadis itu selesai makan. Pantas Naura menahan.

ANDA SEDANG MEMBACA
A Tale Of Naura
Romance[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu pergi meninggalkan dirinya tanpa sebarang kata. Tahun berganti tahun, takdir telah...