Naura menggeliat kecil. Dia renung tempat tidur suaminya yang kosong disebelah. Mana dia hilang? Dia yakin suaminya tidur di situ semalam. Telefon dicapai. Terbeliak dia melihat waktu sekarang. Padan lah tak nampak bayang. Waktu begini sudah tentu lelaki itu sudah berangkat kerja.
Mesti sebab menangis semalam yang menyebabkan dia terlajak tidur ni. Serba salah pula dia. Sudah la buat perangai semalam lepastu menyusahkan pula. Pagi ini suami pergi kerja pun dia tak hantar. Sarapan pun tidak dibuat. Dia marah diri sendiri.
Dia turun dari katil dan membersihkan diri. Dia ingin memasak untuk Althaf dan hantar ke pangkalan nanti. Tak senang duduk dia jika biar begitu saja.
Turun saja ke tingkat bawah, dapur dituju. Kakinya terhenti di meja makan. Ada semangkuk bubur ayam dan segelas hot chocolate berserta sticky note kecil dilekatkan pada dulang itu.
I made this for you. Jangan lupa panaskan sebelum makan. Aku pergi kerja dulu. Rest well and take care, dear.
Bibir menguntum senyum. Alahai suami. Ini yang rasa nak cepat cepat ke pangkalan. Nak peluk ketat ketat. Rindu!
*****
"Termenung apa tu?" Althaf sedar dari lamunan. Dia ukir senyum sebaris.
"Mana ada. Masuklah." dia mempelawa abang iparnya.
Eishan duduk di kerusi berhadapan meja kerja Althaf.
"Princess aku sihat?"
"Alhamdulillah. Adik ipar kau ni tak nak tanya?" Althaf berseloroh. Mana aci tanya isteri dia saja.
"Kau tak payah ditanya. Sihat la kalau masih boleh tunjuk batang hidung dekat pangkalan ni."
Mereka berdua ketawa.
"So macam mana budak budak baru?" Eishan tukar topik.
"Macam tu lah Eis. Setakat ni tak buat hal lagi lah." betul. Semua masih mendengar kata lagi. Belum ada yang mengejutkan segala jenis binatang yang sedang lena di dalam dirinya.
"That's good."
Sepi seketika.
"Ada apa kau datang jumpa aku?" jarang jaranglah Kapten seorang ni nak jejak kaki ke biliknya.
"Saja. Sebelum aku terlupa, umi ajak datang rumah esok. Dinner sama sama." Eishan menyampaikan amanah uminya.
"Insha'Allah tak ada aral aku dengan Naura balik." dia pun memang berniat nak ziarah ke sana. Cuma tak pasti bila. Alang alang dah diundang boleh la teruskan.
"Kalau macam tu aku keluar dulu. Nak round lapangan." saja nak buat pemantauan untuk latihan pelatih baru.
Toyota Vios diparkir elok di sebelah Honda kelabu entah milik siapa. Dia matikan enjin dan keluar dari perut kereta. Bekal yang dibawa dari rumah tidak lupa. Digenggam kemas.
"Puan." dia angguk sambil tersenyum sahaja untuk setiap teguran dan tabik yang diterima dari anak buah suaminya yang berselisih sepanjang perjalanan. Sopan betul mereka tu. Tapi rasa tak layak pula dia diberi tabik. Dia bukan tentera pun.
Beberapa meter dari office Althaf dia nampak sosok yang sangat dikenali dan dirindui melangkah keluar. Segak bergaya dengan uniform kerja.
"Abang!!" jerit Naura teruja.
Laju kepala Eishan diangkat mendengar suara nyaring yang familiar itu. Bibir mengoyak sengih.
Naura berlari ke dalam pelukan abangnya. Sudahlah dia pakai pencil skirt hari ni. Sakan berlari pula.
YOU ARE READING
A Tale Of Naura
Romance[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu pergi meninggalkan dirinya tanpa sebarang kata. Tahun berganti tahun, takdir telah...