MIMPI 1

2.8K 84 0
                                    

                Mata bulatnya naik memandang teruja baju yang tergantung elok di hadapan almari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                Mata bulatnya naik memandang teruja baju yang tergantung elok di hadapan almari. Mulutnya terbuka, takjub meneliti sepasang baju yang baginya sangat cantik itu. Baju inilah yang ramai gadis di rumah ini idamkan. Baju impian para gadis di Emmeria.

Dengan perlahan, tangan kecilnya naik menyentuh lembut sepasang baju yang berwarna creme itu. Cantik. Walaupun cuma baju dayang istana, cantiknya sudah memadai bagi mereka yang sedari kecil hidup di rumah anak yatim diraja Emmeria itu. 

Baju itu seolah-olah baju rasmi untuk seorang dayang istana. Baju itu hanya akan dipakai pada hari-hari tertentu seperti hari pertama mereka diambil untuk ke istana ataupun ketika istana mempunyai acara-acara tertentu. Namun ketika hari biasa, mereka hanya dibenarkan memakai gaun yang berwarna hitam dan putih sahaja.

"Bunga! Jangan sentuh baju tu, nanti berkedut. Kakak dah gosok dah baju tu tadi."

Bunga dengan pantas menarik tangannya dan disorok ke belakang badan. Bibirnya ditarik sehingga menampakkan barisan gigi rapinya.

"Maaf, kakak." Pintanya dengan sengihan tidak bersalah. 

"Tak apa. Bunga suka baju ni?"

"Suka! Baju ni cantik. Bunga suka." Bunga mengangguk laju. Kalau lah baju itu muat dengan badannya, sudah lama dia sarungkan.

Karina tersenyum manis. Rambut gadis yang baru berumur 10 tahun itu dielus lembut.

"Kakak akan tunggu Bunga sampai Bunga dapat pakai baju ni. Waktu itu, mungkin Bunga dan berubah menjadi sekuntum bunga yang cantik." Ujar Karina kepada Bunga, gadis kecil yang dia sudah anggap seperti adiknya sendiri.

Bunga tersenyum sahaja. Tidak begitu mengerti dengan ayat bermadah Karina itu. Tubuh Karina dipeluk kuat ibarat tidak mahu lepas. Kepalanya disandarkan pada dada Karina.

"Lepas ni, Bunga dah tak boleh jumpa kakak selalu ke?" Bunga mendongak, merenung wajah Karina dengan mata yang berkaca. Macam mana dia nak hadap hari-hari yang mendatang tanpa kehadiran Karina?

Selama ini, Karina lah yang sering menemaninya tidur. Menemaninya ketika waktu makan dan banyak membantunya dalam menjalankan latihan.

"Kakak tak selalu boleh balik. Mungkin dua bulan sekali baru kakak boleh balik jenguk Bunga dengan yang lain. Bila kerja dekat istana, kita tak boleh selalu cuti. Kerja dekat istana, kena ada komitmen." Karina pandang sekilas Bunga sebelum matanya memandang lama sepasang baju dayang istana itu.

"Nanti bila Bunga dah besar, dah jadi dayang istana, Bunga tahu lah."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]Where stories live. Discover now