MIMPI 10

1.4K 79 5
                                    

Marvis, 1975

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Marvis, 1975

"Nama tumbuhan ni, kapas hantu." Bibir Sekar secara tidak langsung menarik senyuman lucu tatkala wajah Bunga bertukar pucat. Beberapa kuntum dahan tumbuhan yang bernama kapas hantu itu diambil lalu dipisahkan daun dan bunga dari batang hijaunya.

"K-kapas hantu? Kenapa mesti hantu?" Bunga pandang tumbuhan itu dengan wajah yang berkerut tidak mengerti. Nak kata warna putih, tidak. Langsung tidak ada warna putih pada tumbuhan itu bahkan bunganya juga bukan berwarna putih, tetapi ungu.

"Tak tahu lah, Bunga. Memang dari dahulu kala lagi tumbuhan ni dipanggil kapas hantu."

Bunga menelan liur perlahan. Bunga... Itu pokok aje pun. Dengan pokok pun nak takut. Tak gangster betul!

"Jadi, apa khasiat tumbuhan ni?" Tanya Bunga sambil melihat Sekar mengasingkan daun dan bunga dari batang dahan kapas hantu itu. Tidak mahu melihat saja, tangannya turut mencapai satu dahan tumbuhan itu lalu segala yang dibuat Sekar dituruti.

"Kalau daunnya, kita boleh rebus dan minum jusnya. Baik untuk rawat penyakit wanita seperti sakit di bahagian saluran kencing. Untuk haid tidak teratur dan kencing manis pun boleh juga. Akarnya pula boleh rawat sesak nafas dan sakit saraf." Segala ilmu yang Sekar miliki, dia curahkan buat gadis di hadapan itu.

Bunga mengangguk faham. Satu tumbuhan, pelbagai guna. Tiba-tiba, kepala Bunga terdongak dan memandang ke arah satu almari kayu yang dipenuhi dengan botol-botol kaca dan Bunga rasa itu adalah air rebusan tumbuh-tumbuan untuk dibuat ubat.

"Itu semua air rebusan tumbuhan ke? Awak dan Ahmad jual dekat orang kampung?"

"Ya, jadi kalau tiba-tiba ada orang datang rumah waktu tengah sakit, awak jangan terkejut pula. Selalunya kalau sakit luaran seperti luka, kami akan rawat mereka di sini. Air rebusan tu semua akan ada orang yang datang beli nanti."

Seulas bibir Bunga terkatup rapat. Ada satu soalan yang sering berlegar di kepalanya. Tapi dia agak tidak berani untuk suarakan kepada Sekar. Takut sekiranya soalannya itu adalah isu sensitif.

"Awak ada nak tanya apa-apa soalan, Bunga?" Soal Sekar sambil merenung Bunga sekilas. Riak wajah gadis itu dengan mudah dapat dibaca.

"Err... sebenarnya, saya nak tanya. Tapi kalau tak boleh tak apa."

Tawa Sekar terletus. Bunga ni lah, belum tanya soalan pun dah gelabah. Entah soalan soalan apa lah yang dia nak tanya sangat tu.

"Boleh, boleh. Tanya lah."

"Hm, kenapa dekat sini tak ada hospital ya? Kenapa masih gunakan rawatan tradisional? Maaf, Sekar. Saya sebenarnya bukan berasal dari sini. Saya datang dari tempat jauh, jadi saya tak tahu apa-apa tentang Marvis." Ujar Bunga agak serba salah.

"Tak apa, saya faham."

Sekar memperbetulkan duduknya supaya lebih selesa.

"Kalau awak nak tahu, dulu Marvis tidak sekecil ini. Marvis negara yang besar dahulu. Tapi semuanya berubah setelah sebahagian besar Marvis dirampas oleh pihak lain. Jadi, yang tinggal cumalah sebahagian Marvis yang kecil ini. Masih teguh berdiri dengan nama Marvis. Hospital-hospital, semuanya berada di kawasan yang telah dirampas, Bunga."

Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]Where stories live. Discover now