MIMPI 38

987 67 2
                                    

"Ayah!!!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ayah!!!"

Jeritan kuat itu menyentakkan Rumpin. Tidak jadi hendak memberi arahan kepada anak buahnya, dia pantas menoleh untuk mencari punca suara itu. Biji matanya serta merta membulat tatkala tubuh Safra kelihatan sedang berdiri tidak jauh daripadanya.

"Safra? Apa yang Safra buat kat sini? Pergi balik rumah." Suruh Rumpin apabila Safra semakin mendekati.

"Sampai hati ayah buat Safra macam ni." Ujar Safra lirih diiringi dengan linangan air mata.

"Apa? Apa yang ayah dah buat?"

"Jangan buat-buat bodoh lah! Tu, ayah nak bunuh Han kan?!!" Jerit Safra geram. Dada Rumpin ditampar beberapa kali, tidak setuju dengan keputusan ayahnya itu.

Rumpin berdecit perlahan. Pelipis kepalanya dipicit. Hancur satu rancangannya pada hari itu.

"Ini kerja ayah jadi Safra jangan nak masuk campur." Tangan Safra yang sedang menampar dadanya itu digenggam kuat sehingga anak gadisnya itu mendesis sakit.

"Tapi kerja ayah ni melibatkan orang yang Safra cinta! Sanggup ayah nak bunuh teman lelaki anak ayah sendiri?!!"

"Lelaki itu bukan lelaki yang sesuai untuk Safra. Ayah boleh carikan lelaki yang lebih baik untuk Safra." Rumpin masih lagi cuba memujuk.

Han yang mulai terjaga dari pengsan itu tertawa sinis. Tak sesuai konon. Anak kau itu yang tak sesuai dengan aku, bukannya aku yang tak sesuai dengan anak kau. Bodoh punya Rumpin!

"Tuan, dia dah sedar." Beritahu salah seorang tentera Alginia apabila melihat Han sudah bergerak kecil.

"Bagus. Kau bunuh dia sekarang."

"Tak! Ayah tak boleh bunuh Han!!!" Halang Safra lagi. Sesekali, matanya merenung sayu tubuh Han yang terikat itu. Han...

Rumpin meludah kasar. Rambutnya diraup tidak senang. Ahhh, kacau betullah! Ahmad dah berjaya dia bunuh, tinggal lelaki tak guna itu seorang sahaja. Dia tak akan benarkan tiket seorang anak menghalang kerjanya. Tidak sama sekali.

"Jalil!!!"

"Ya, tuan!" Sahut Jalil tidak jauh dari situ sebelum berlari anak mendekati Rumpin.

"Bawa Safra pergi dari sini. Jangan benarkan dia keluar dari rumah aku."

"Sekarang ke, Tuan?" Tanya Jalil lagi.

"Habistu?! Esok baru kau nak bawak dia pergi dari sini ke?!!"

Jalil terkulat-kulat malu di hadapan Rumpin. Hm, bodohnya kau Jalil. Tidak mahu dimarahi lagi sekali, lengan Safra digenggam dan ditarik untuk dibawa pergi dari tempat itu.

"Tak nak! Lepaskan aku lah, bodoh!!!" Safra meronta kasar. Kecik besar kecik besar sahaja muka hodoh Jalil itu di matanya.

"Safra!!! Cuba jangan melawan. Ikut Jalil pergi balik rumah. Jangan kacau kerja ayah!" Rumpin sudah mula menyinga. Pantang betul dia bila orang tak mahu mendengar cakap ini!

Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]Where stories live. Discover now