Tujuh tahun berlalu,
"Bunga!!! Cepat, pemandu istana dah tunggu ni!"
Dari dalam bilik, Bunga sudah dapat mendengar laungan Ibu Melur. Cepat-cepat rambutnya dirapi lalu sekujur tubuhnya dipusingkan di hadapan cermin. Akhirnya, dia berjaya juga menyarungkan sepasang baju dayang istana yang cantik itu. Bibir Bunga kian melebar.
Tubuhnya kini cantik tersarung sepasang baju atau lebih kepada baju kemeja yang di-tuck in ke dalam skirt. Di bahagian hadapan kemeja terdapat ropol-ropol kecil. Kainnya pula hanya kosong tanpa sebarang corak sehingga ke paras lutut. Noda warna skirt sedikit terang berbanding dengan warna kemeja yang lebih cerah. Haihh, kalau baju dayang istana pun cantik macam ni, cuba bayangkan baju kerabat? Mesti berganda-ganda cantiknya.
"Astaghfirullah budak ni! Berangan apa lagi tu?! Bunga tahu tak Bunga seorang je yang tak keluar lagi? Yang lain semua dah simpan beg diaorang dalam kereta tahu?" Bebel Ibu Melur yang sudahpun berdiri di depan muka pintu bilik Bunga. Kepalanya digeleng perlahan apabila melihat Bunga.
"Sorry, ibu. Bunga keluar sekarang." Dia tersengih kecil. Beg bajunya dengan pantas dicapai lalu berlari-lari anak ke pintu rumah. Dari jauh, dia sudah dapat libat beberapa orang rakannya yang lain sudahpun bersedia hendak memasuki kereta.
"Uncle, tunggu Bunga!" Bunga menjerit kecil. Tercungap-cungap nafasnya setelah sampai di hadapan Adam. Fuhh! Nasib baik tak kena tinggal.
"Itulah. Bangun lambat lagi. Anak dara mana elok bangun lewat, Bunga. Lagipun, awak tu dah jadi dayang istana. Dayang istana tak boleh bangun lewat." Bebel Adam lalu mengambil beg baju di tangan Bunga dan terus dimasukkan ke dalam bonet kereta.
Sambil mulutnya membebel, tangannya turut bergerak membuat kerja. Sebiji macam bapak-bapak yang tengah membebel dekat anak. Haihh, masalahnya dia ni kahwin pun belum. Aura kebapakan ni muncul sebab Bunga lah ni. Selalu sangat buat dia membebel itu ini.
"Alahh... terlewat sikit je, uncle. Baru pukul 5.10 minit pagi. Anak dara lain silap-silap tengah berdengkur lagi waktu ni." Jawab Bunga lancar. Tangan Iris yang laju mencubit pinggangnya itu diterpis perlahan. Apa ni cubit-cubit pinggang orang.
"Menjawab. Mulut tu, kerjanya nak menjawab aje." Geram betul dia dengan si Bunga ni. Sekali pandang, Bunga ni memang nampak lembut dan pendiam orangnya. Tapi cubalah kalau pandang berkali-kali, tak adanya macam tu. Mulut tu asyik nak berceloteh je. Sekali kenal, macam nak kenal lagi. Berkali-kali kenal hm, mesti menyesal sebab dah terkenal.
"Uncle, nanti dalam istana Bunga dah tak boleh menjawab. Dengan uncle je Bunga boleh menjawab macam ni. Jadi uncle kena lah terima." Pipi Adam, Bunga picit dan ditarik kuat. Berkerut-kerut wajah lelaki itu menahan rasa pedih dek kerana jari-jemari runcing itu.
"Bunga masuk kereta dulu, uncle!" Ujar Bunga lalu cepat-cepat masuk ke dalam kereta. Sebelum pipinya dicubit kembali oleh uncle Adam, ada baiknya dia cabut lari dulu. Bunga ketawa jahat di dalam hati. Haihh, bahagianya dapat jadi dayang istana.
YOU ARE READING
Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]
RomancePerkenalan bersama anak raja, hanya sekadar batas perkerjaan. Tidak dibenarkan mempunyai sebarang perasaan. Sayang, cinta dan kasih. Semua ini adalah halangan. Halngan bagi seorang pemangku diraja untuk meluaskan empayar. Sakit? Sudah semetinya. Tap...