"Mirdal."
Rambut panjangnya yang sedang dibetulkan itu dipandang dengan puas hati sebelum menoleh memandang bondanya iaitu Permaisuri Ratna. Keningnya diangkat tanda mengapa.
"Perempuan tu, memang tak nak lepaskan ke?"
"Bonda... Where is your brain? Kalau kita lepaskan dia, habislah satu dunia ni tahu yang kita culik dia." Puteri Mirdal menggulingkan matanya.
"Tapi dia tak bersalah."
"Sebelum ni pun, ayahanda ambil organ-organ orang yang tak bersalah, bonda tak pernah halang pula? Eh, harini tiba-tiba nak jadi baik. Pelik lah." Tubuh Permaisuri Ratna yang tersarung busana mewah itu dipandang atas bawah.
Permaisuri Ratna merengus. Puteri Mirdal ini semakin hari semakin melampau. Sakit hatinya mahu melayan.
"Bonda—"
"Sudah-sudah lah tu berkelahi. Jom, driver dah tunggu dekat luar." Pintas Raja Kashim yang baru turun daripada tingkat atas istana. Suasana tegang di antara isteri dan anaknya itu membuatkan kepalanya tergeleng kesal.
"Mirdal rasa macam malas pula nak pergi. Ayahanda pergi aje lah dengan bonda. Lagipun, rakyat kesayangan ayahanda tu nak jumpa ayahanda dan bonda, bukannya nak jumpa Mirdal sangat pun." Sungguh malas betul dia hendak mengikuti dan menampal senyuman palsu kepada rakyat Alginia nanti.
"No. Mirdal kena ikut. Ayahanda nak kali ni muka Mirdal keluar news di samping bonda dan ayahanda. Mirdal satu-satunya waris ayahanda, jadi kena pandai ambil hati rakyat. Mudah bila ayahanda serahkan takhta nanti." Raja Kashim mengusap bahu Puteri Mirdal lembut.
"Hm, yelah."
"Boleh ke anak manja awak ni control business agung awak tu?" Permaisuri Ratna tertawa kecil.
Mata Puteri Mirdal melingas memandang Permaisuri Ratna dengan tajam. Entahlah, sejak dua tiga minggu ini Permaisuri Ratna seperti tidak betah dengannya.
"Of course she can. Saya dah didik dia dari awal. Perniagaan keluarga kita tu, patut diturunkan turun temurun kepada legasi seterusnya."
"Mirdal tertanya, kenapa ayahanda masih nak teruskan perniagaan milik atuk ni? Kita kerabat, tak jalankan perniagaan ni pun kita dah hidup senang lenang."
"Berpuluh tahun dulu tak sama dengan sekarang, Mirdal. Dulu, atuk dan tenteranya dah banyak membunuh rakyat Marvis. Keturunan Marvis adalah salah satu keturunan yang mempunyai kesihatan yang baik. Mereka jarang sakit, malah hampir lapan puluh peratus rakyat Marvis hanya makan sayuran hijau. Pendek kata, vegetarian." Raja Kashim memulakan hikayat lama.
"Dari situ atuk dapat idea, daripada organ-organ yang sihat mereka tu reput macam tu saja, lebih baik atuk ambil dan jual. Kanak-kanak yang berdarah Marvis, daripada dibunuh sia-sia, lebih baik organ mereka diambil dan dijual. Dapat duit dan atuk dapat luaskan kuasa. Melalui penjualan organ itu juga lah atuk dapat bina banyak hubungan diplomatik dengan negara luar. Dari situ, Alginia dapat banyak sokongan daripada negara lain untuk takluk Marvis. Dan tengoklah sekarang, empayar Marvis sudah sah menjadi tanah jajahan milik Alginia." Raja Kashim tersenyum bangga, sambil memandang bingkai gambar Raja Mashwi yang tersergam indah di dinding istana.
YOU ARE READING
Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]
RomansPerkenalan bersama anak raja, hanya sekadar batas perkerjaan. Tidak dibenarkan mempunyai sebarang perasaan. Sayang, cinta dan kasih. Semua ini adalah halangan. Halngan bagi seorang pemangku diraja untuk meluaskan empayar. Sakit? Sudah semetinya. Tap...