Bunga menutup perlahan pintu kamar milik Putera Han. Nafasnya dihela berat. Hari ini, Putera Han tidak menunjukkan sebarang pergerakan positif. Langsung tiada ura-ura hendak menyedarkan diri dari lena panjang."Kau buat apa dalam bilik Han?"
Kepala Bunga langsung terdongak memandang hadapan. Tubuhnya statik memandang Puteri Mirdal yang tajam memerhati segala perlakuannya. Okay... Nampaknya dia dah ada stalker. Tak mahu dikata tidak beradab, separuh badannya ditundukkan sedikit kepada Puteri Mirdal.
"Saya—"
"Dah lama aku perhatikan kau, Bunga. Dan seingat aku, aku pernah bagi amaran dekat kau kan? Jangan cuba-cuba nak dekat dengan Putera Han. Putera Han tu, bakal suami aku kau faham tak?" Ujar Puteri Mirdal keras. Lengan Bunga dicengkam kuat, sehingga membuatkan gadis itu mendesis sakit.
Anak mata Bunga naik melawan pandangan mata tajam Puteri Mirdal. Lengannya yang berada di dalam cengkaman tangan Puteri Mirdal itu dipandang sekilas. Ada sedikit darah di situ dek kerana benaman kuku Puteri Mirdal yang panjang.
"Saya cuma masuk tengok keadaan perma—"
"Perempuan tak sedar diri! Kau sedar tak yang kau tu sebenarnya dayang istana? Kau bukan sesiapa dalam istana ni jadi kau tak ada hak langsung untuk keluar masuk dalam bilik Han. Aku tak faham kenapa permaisuri Ranisya suka sangat dekat kau. Kau dah jampi permaisuri agaknya?" Puteri Mirdal memandang Bunga dengan sinis.
"Macam mana seorang tuan puteri yang bermartabat tinggi macam Puteri Mirdal ni boleh ada pemikiran kolot macam ni?" Bunga berkata sinis. Jari jemari Puteri Mirdal yang masih kuat mencengkam lengannya dirungkai satu persatu sehingga lengannya bebas.
"Seriously? Berani kau cakap macam ni dekat aku ya? Baru sekarang nak tunjuk belang kau ya?" Puteri Mirdal ketawa tidak puas hati.
"Daripada tuan puteri sibuk tuduh saya itu ini, ada baiknya tuan puteri masuk jenguk Putera Han. Masa saya dah membazir banyak sebab melayan tuan puteri dekat sini. Macam yang tuan puteri cakap, saya kan cuma dayang istana jadi saya masih ada banyak kerja yang saya kena buat. Dan semestinya kerja saya bukan untuk melayan kerenah tuan puteri."
Puteri Mirdal membuntangkan kedua matanya. Wah, wah, wah! Makin berani ya perempuan tak sedar diri ni!
"Kau ni memang perempuan tak sedar di—"
"Ada apa ni Mirdal? Kenapa sampai nak pukul Bunga ni?"
Tangan Puteri Mirdal yang awalnya mahu menampar wajah Bunga terus terhenti di awangan. Pantas tangannya dibawa turun dan di sorokkan ke belakang badan. Wajah Permaisuri Ranisya dipandang dengan gelisah. Hishh! Datang dari mana pulak Permaisuri Ranisya ni!
YOU ARE READING
Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]
RomancePerkenalan bersama anak raja, hanya sekadar batas perkerjaan. Tidak dibenarkan mempunyai sebarang perasaan. Sayang, cinta dan kasih. Semua ini adalah halangan. Halngan bagi seorang pemangku diraja untuk meluaskan empayar. Sakit? Sudah semetinya. Tap...