MIMPI 23

766 78 7
                                    

              Sehari sebelum majlis pengunguman penyatuan Putera Han dan Puteri Mirdal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

              Sehari sebelum majlis pengunguman penyatuan Putera Han dan Puteri Mirdal. Bunga diam duduk di sudut dinding. Ketika itu, dia dan para dayang peribadi yang lain sedang berada di dalam butik diraja yang turut terletak di dalam kawasan istana. Salah satu keistimewaan dayang peribadi, mereka dapat menghadiri apa-apa sahaja majlis diraja.

Bunga perlu mengiringi Permaisuri Ranisya sewaktu majlis berlangsung. Tapi entah kenapa, dia rasa langsung tidak merasa seronok. Dia benci akan hakikat bahawa dia perlu melihat dan mendengar pengunguman tentang penyatuan putera dan puteri itu. Bunga mengeluh perlahan.

"Hai, tak pergi pilih baju?" Tiba-tiba, datang seseorang menegurnya.

Bunga memandang gadis yang menegurnya itu. Manis orangnya. Pasti gadis itu salah seorang dayang peribadi di situ. Dengan perlahan, bibirnya turut menarik senyum buat gadis itu.

"Kejap lagi kot. Biar yang lain pilih dulu."

"Faham. By the way, nama I Leila." Ujar Leila sambil menyua tangan untuk bersalam.

"Saya Bunga. Awak... Dayang peribadi siapa?" Tanya Bunga sekadar mahu menghilangkan suasana kekok.

"Kenal Puan Puteri Marni? Adik bongsu Raja al-Nurman. I lah dayang peribadi dia. You dayang peribadi permaisuri, bukan?"

Bunga mengangguk seraya tersenyum. Senang dengan sikap ramah gadis bernama Leila itu. Nampaknya, dia bakal mendapat kawan baru selepas ini.

"I sebenarnya tak suka majlis-majlis macam ni. I lebih suka tinggal dalam anak istana dan serve Puan Puteri daripada kena bersesak dengan kaum kerabat yang lain malam esok."

"Sesak sangat ke majlis malam esok tu?"

"Very. Sesak dan lama. First, kita akan dengan pengunguman penyatuan Putera Han dan Puteri Mirdal. Selepas itu akan ada makan-makan dan ball dance. Uhhh, I really hate it." Leila merengus geram.

"Kenapa? Kan seronok boleh makan yang sedap-sedap. Boleh tengok orang menari lagi." Ya, tak dinafikan majlis malam esok turut disertakan dengan pelbagai persembahan menarik.

"No, Bunga. Malam esok akan ada banyak kerabat dari negara lain. Malam esok juga, malam yang you kena berjaga-jaga. Sebab waktu ball dance, kaum kerabat lelaki akan main sauk je mana-mana perempuan yang tak ada pasangan. Jadi make sure awak sentiasa berada dekat dengan orang ramai. Jangan duduk sorang-sorang kalau tak nak kena paksa menari dengan stranger." Pesan Leila dengan suara serius.

Bebola mata Bunga membulat sedikit. Seriuslah kaum kerabat boleh buat macam tu? Mana pergi manners yang kononnya diterapkan sejak kecil itu?

"Ya, Bunga. Kaum kerabat tu memang tak ada manners. Diaorang akan tarik mana-mana saja perempuan yang diaorang nak sebab malam majlis tak akan ada sebarang halangan." Bagai dapat membaca fikiran Bunga, Leila menyambung lagi.

Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]Where stories live. Discover now