MIMPI 47

1.5K 85 9
                                    

The beginning of the ending

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


The beginning of the ending...

Brownies berwarna coklat gelap yang dihiasi caramel drizzle di permukaannya itu dikuis-kuis menggunakan garfu. Sunyi. Itu yang dirasakan Putera Han pada ketika itu. Hanya dia seorang sahaja yang sedang duduk bersarapan di meja besar itu.

"Tuan putera."

Satu suara yang memanggil itu membuatkan wajahnya terangkat. Dari jauh, kelihatan seorang gadis sedang berjalan mendekatinya. Sambil memakai pakaian khas untuk dayang istana. Lambat-lambat, bibirnya menarik sebuah senyuman.

Wanita itu semakin mendekat, dan mendekat. Wajah itu agak samar dilindungi biasan cahaya matahari. Membuatkan dia semakin tidak sabar untuk melihat seraut wajah itu.

Figura itulah yang sering mengganggu malamnya sehingga tidurnya tidak lagi datang menjemput. Dia hanya mampu menatap figura itu, namun tidak raut wajahnya. Bayangan gadis itu sering muncul dan menyerunya dengan panggilan 'tuan putera'.

Panggilan yang apabila terbit dari mulut orang lain, kedengaran biasa namun apabila terbit dari mulut si gadis, ianya kedengaran begitu luar biasa. Jantungnya berdegup laju. Entah kenapa, dia merasa gelisah. Seolah-olah ada perkara penting yang telah dia lupakan.

"Tuan putera? Alis is here."

Bayangan wanita berpakaian dayang istana itu langsung pecah berderai. Yang kini cuma tinggal seorang wanita bernama Alis sahaja, sedang berdiri bertentangan dengannya. Putera Han berdecit perlahan.

"Ohh, Alis. Awal datang harini." Ujar Putera Han sekadar berbasa basi. Lebihan brownies tadi dibawa masuk ke dalam mulut.

"Ha'ah. Petang nanti saya ada urusan sikit jadi terpaksa datang istana pagi ni. Awak okay je kan?" Risau pula dia sekiranya putera mahkota itu tidak selesa dengan keputusannya itu. Selama ini, hampir setiap bulan dia akan mampir ke istana untuk membuat monthly check-up ke atas kesihatan Putera Han, namun jadualnya untuk ke istana adalah pada waktu petang.

"I'm okay." Air coklat panas dibawa ke mulut dan disisip perlahan.

"Harini macam biasa lah. Just nak check your overall condition and then saya akan prescribe ubat dengan vitamin macam biasa lah." Cerita Alis setelah mengambil tempat di meja makan besar itu.

"No need to prescribe vitamin anymore. Aku rasa aku dah okay."

"Tapi nanti mesti tuanku raja dan permaisuri tak setuju." Alis menggelengkan kepalanya. Tidak setuju dengan kata-kata Putera Han.

"Jangan bagitahu diaorang, and tak ada sesiapa pun yang akan tahu. Just you, and me. Easy, right?"

"Tapi awak lambat sembuh nanti kalau tak makan vitamin dengan supplement." Untuk mengembalikan ingatan Putera Han, lelaki itu mestilah mengambil beberapa jenis vitamin dan supplement yang berkenaan. Tapi kalau macam ni gayanya, bilanya ingatan tu nak datang balik?

Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]Where stories live. Discover now