MIMPI 60

1.3K 76 5
                                    

Hari ini, Yara dipakaikan gaun kecil berwarna pink bercorak kotak-kotak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari ini, Yara dipakaikan gaun kecil berwarna pink bercorak kotak-kotak. Rambutnya pula seperti biasa, di ikat tocang pokok kelapa di kiri dan kanan kepala dan dikepit dengan penyepit reben berwarna pink.

Putera Han tersenyum lebar. Pipi gebu milik Yara itu dikucup bertalu-talu sehingga gadis kecil itu terkekek-kekek ketawa. Akhirnya, wajah Putera Han ditolak oleh tangan kecil Yara. Yara menggelengkan kepalanya beberapa kali.

"Topp!!!" Jerit Yara apabila Putera Han masih lagi menggomol pipinya.

"Yaya tak suka papa kiss? Sampai hati yaya... Yaya dah tak sayang papa." Kata Putera Han berpura-pura sedih. Cukup untuk membuatkan si kecil berhenti meronta. Wajah sedih milik Putera Han dipandang lama sebelum dia turut tersebik sedih.

"Okay, okay... Papa gurau je, sayang. Jangan lah nangis." Pujuk Putera Han kembali.

Bunga yang baru tiba bersama dengan sedulang biskut dan dua cawan air panas menggelengkan kepala. Apa saja lah dua beranak ni gaduhkan. Dulang yang dibawa tadi diletak ke atas meja. Angin sepoi-sepoi yang yang datang menyinggah ke laman rumah itu begitu mendamaikan petang mereka.

"Yaya, nak biskut tak?" Soal Bunga.

"Nak, nak!" Terus berubah wajah sedih tadi diganti dengar senyum lebar sehingga menampakkan beberapa batang gigi. Biskut yang berbentuk teddy bear itu dipandang dengan bersinar-sinar.

"Tuan putera, duduklah minum." Panggil Bunga menyuruh Putera Han supaya duduk bersamanya di meja itu.

"Kau panggil aku macam tu lagi."

"Saya panggil apa?" Bunga memandang Putera Han tidak faham.

"Aku dah cakap jangan panggil aku tuan putera lagi kan? Aku tak suka. Kau tu isteri aku, bukannya dayang istana lagi." Ujar Putera Han tanpa nada. Jelas tidak suka dengan panggilan Bunga terhadapnya.

"Habistu nak kena panggil apa?"

"Panggil je lah apa-apa."

"Haihh yelah-yelah. Papa Yaya ni janganlah merajuk." Ujar Bunga lembut. Bukannya dia tidak perasan, nada suara Putera Han tadi sudah berubah. Merajuk lah tu!

"Mana ada aku merajuk. Ingat aku Yaya ke nak merajuk bagai."

"Elehh... Ye lah tu. Papa merajuk tak nak mengaku, kan Yaya kan?" Makin seronok Bunga mengusik Putera Han. Lagi-lagi setelah melihat pipi Putera Han sudah merona kemerahan.

'Klikk!'

Putera Han tersentak. Bunyi seperti seseorang mengambil gambar itu membuatkan dia berpaling memandang Bunga. Giginya dikertap perlahan.

"Kau ni kan!"

Mata Bunga terbuntang tatkala Putera Han bangun mahu menghampirinya. Dengan pantas, dia bangun dari duduk dan terus berlari menjauh daripada Putera Han.

Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]Where stories live. Discover now