MIMPI 48

1K 63 9
                                    

"Bonda

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Bonda."

"Han, sini duduk. Minum petang sekali dengan adik-adik."

Putera Han turuti saja ajakan Permaisuri Ranisya. Kerusi kosong di situ di ambil dan dia duduk bersandar tenang sambil membiarkan angin petang meniup wajahnya.

"Raisya, tuangkan air."

Raisya menjeling Putera Han namun tangannya tetap bergerak menuang secawan teh untuk abang sulungnya itu.

"Putera mahkota idaman para gadis konon. Tapi nak tuang teh pun suruh adik sendiri yang buat. Perempuan tak ada satu pun yang lekat. Semuanya come and go." Omel Puteri Raysha.

Putera Han menjengilkan mata. Amboi, berani betul budak ni ya? Bercakap macam dia suka tukar-tukar perempuan pula!

"Raysha... Apa cakap macam tu dekat along. Depan adik-adik pula tu." Permaisuri Ranisya menggeleng kecil. Nasib baiklah kembar dua orang tu masih kusyuk melukis, langsung tidak hiraukan perbualan si abang dan kakak.

"Raysha cuma cakap fakta, bonda. Cuba kira dah berapa orang perempuan yang nak dekat along, tapi tak ada satu pun yang lekat."

"Itu, Puteri Mirdal tu tak habis-habis kejar along dari dulu sampai sekarang. Tapi kesian, langsung tak dipandang. Lepastu, doktor Alis. Tengok mata je, Raysha dah dapat detect yang doktor Alis tu ada hati dekat along. Itu pun along buat layan tak layan juga. Paling along melayan pun, yang Raysha tahu, your lady in waiting, bonda. Bunga. That girl, I can see spark in along's eyes when he saw her."

Panjang lebar Puteri Raysha menghuraikan satu persatu gadis-gadis yang ada di sekeliling Putera Han. Itu tak termasuk lagi rakyat-rakyat yang sudahpun rasmi menjadi die hard fan Putera Han. Siap ada fan's account lagi. Itu kalau Putera Han announce untuk cari calon isteri, mahu beratur semua perempuan sampai ke luar pagar istana.

"Raysha."

"What?" Puteri Raysha kerut dahi apabila Permaisuri Ranisya menggelengkan kepala.

"Bunga? Siapa tu? Han tak pernah dengar pun nama tu, bonda."

"Seriously along? Bunga tu kan lady in waiting kesayangan bonda. Bonda siap layan macam anak sendiri lagi." Ujar Puteri Raysha lagi.

Permaisuri Ranisya mengeluh kecil. Tidak mampu mengawal kebecokan mulut Puteri Raysha. Turun siapa lah agaknya anak seorang ni.

"Ohh really? It's weird, sebab along tak pernah dengar nama tu."

"Tak ada apa-apa yang penting pun pasal dia Han. She's just normal lady in waiting. Cuma bonda selesa dengan dia jadi bonda layan dia macam anak sendiri." Terang Permaisuri Ranisya ringkas.

Putera Han terdiam seketika sebelum akhirnya mengangguk faham.

"Jadi, mana dia sekarang?" Tanya Putera Han. Entah kenapa, topik mengenai gadis yang bernama Bunga itu begitu menarik perhatiannya.

Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]Where stories live. Discover now