Hidungnya mula terangsang dengan bau yang teramat busuk. Bau seperti hanyir darah dan juga bangkai. Alis meronta. Kedua belah matanya kini kelam dek terikat oleh sehelai kain. Rontaannya semakin kuat.
"Tolong!!!"
"Sesiapa! Tolong saya!!!"
Jeritan Alis bergema di segenap ruangan kamar berbau itu. Namun jeritan hanyalah tinggal jeritan. Tiada siapa yang mendengar jeritannya malah hal itu membuatkan tekaknya berasa semakin kering.
Alis teresak perlahan. Apa salahnya? Kenapa dia yang haris diculik oleh penculik itu? Dia tidak mempunyai musuh. Dia tidak pernah memcari gaduh dengan sesiapa pun. Esakannya kian kedengaran sehingga lah pintu berkeriut menandakan ianya dibuka.
"Siapa kau? Kenapa kau culik aku?! Aku ada salah apa dengan kau?!!" Jerit Alis kegeraman.
"Haih, menyesal pula aku tak tape mulut kau. Bising mengalahkan monyet kelaparan."
Alis tersentak. Bibirnya terketar-ketar mahu bertutur. Suara itu, suaranya yang pernah didengarinya sebelum ini
"Kau... Perempuan. Dan kau, Puteri Mirdal!"
"Eh, bijaknya kau dapat cam suara aku. Tapi tak hairanlah, doktor kan." Puteri Mirdal tertawa kecil. Kaki melangkah beberapa tapak mendekati tubuh Alis yang terikat di kerusi. Pipi Alis dicengkam dan ditelek kiri dan kanan.
"Teruk juga budak-budak tu pukul. Sampai naik lebam." Komen Puteri Mirdal lagi.
"Lepaskan aku. Apa yang kau tak puas hati dengan aku hahh?!!" Wajahnya dilarikan dari terus dipegang oleh Puteri Mirdal.
"Banyak. Banyak benda yang aku tak puas hati dengan kau."
"Aku tak pernah buat masalah dengan kau, Puteri Mirdal."
Puteri Mirdal mengertap giginya rapat. Perempuan ni... Dah buat salah pun masih acah-acah suci! Dengan kasar, ikatan kain yang menutupi mata Alis dirungkaikan.
"Siapa cakap kau tak pernah buat masalah dengan aku, Alis? Kau tu, pemusnah masa depan aku. Kau, tak boleh tengok aku bahagia. Sebab tu kau sibuk nak rampas Putera Han daripada aku!!!" Tempikan Puteri Mirdal menghuni suasana kamar itu.
"Pu-putera Han?"
"Kalau dari awal kau jauhkan diri daripada Putera Han, nasib kau tak kan jadi macam ni. Mungkin sekarang ni, kau tengah ada dekat hospital. Check pesakit kau. Bukannya terikat dekat tempat busuk macam ni."
Alis menggeleng tidak percaya. Hanya kerana Putera Han, dia diculik begini. Puteri Mirdal memang sudah gila!
"Lepaskan aku. Kalau Putera Han puncanya, aku rela mengalah. Aku tak akan jumpa Putera Han lagi. He's all yours asalkan kau lepaskan aku." Ujar Alis cuba untuk berunding.
Keningnya Puteri Mirdal berkerut sedikit. Begitu mudah Alis mahu melepaskan Putera Han kepadanya sedangkan wanita itu asyik mahu berkepit saja bersama si putera mahkota.
YOU ARE READING
Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]
RomancePerkenalan bersama anak raja, hanya sekadar batas perkerjaan. Tidak dibenarkan mempunyai sebarang perasaan. Sayang, cinta dan kasih. Semua ini adalah halangan. Halngan bagi seorang pemangku diraja untuk meluaskan empayar. Sakit? Sudah semetinya. Tap...