MIMPI 17

1.2K 89 2
                                    

          "Bunga, ini ubat kau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Bunga, ini ubat kau. Makan lepastu tidur."

"Thanks, Iris." Bunga tersenyum nipis. Dua biji ubat yang dibawa Iris tadi dipandang lama sebelum akhirnya dibawa masuk ke dalam mulut. 

"Okay, dah boleh tidur." Ujar Iris lalu membetulkan comforter yang menutupi tubuh Bunga. Kain tuala yang sudah dibasahkan dengan air sejuk dilipat kecil dan diletakkan ke atas dahi gadis itu.

Redup mata Bunga memandang segala perlakuan Iris. Dia sudah tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Tubuhnya terasa begitu lemah dan berbahang hangat.

"Tidurlah. Aku keluar dulu, ada kerja nak kena buat." Iris tersenyum dan melangkah keluar dari kamar. Maklumlah, sekarang baru pukul lapan malam. Waktu kerjanya masih belum tamat kerana Puteri Mirdal mahukan perkhidmatannya sehingga jam sepuluh malam. Entah apa lagi lah yang puteri itu hendak suruh dia lakukan.

Kelopak mata Bunga kian mengendur sebelum ia akhirnya tertutup rapat. Membawa pergi pergi segala kesakitan ke alam mimpi yang sudah beberapa malam tidak datang mengunjuginya.

Marvis, 1975...

Bunyi ketukan di pintu rumah membuatkan Bunga tersedar. Terkedip sebentar kelopak matanya apabila menyedari bahawa dia sedang berada di Marvis. Tangannya yang sedang menepuk lembut punggung Manis itu dipandang dengan mata yang berkaca. Tidak menunggu lama, tubuh kecil Manis diangkat dan dipeluk erat. Sungguh, dia sangat rindukan anak kecil itu.

Tok, tok, tok.

Bunga tersentak. Dahinya ditepuk perlahan, lupa pula yang ada orang ketuk pintu rumah tadi. Manis didukung cermat dan dibawa ke pintu. Sebaik sahaja daun pintu dibuka, mata Bunga terus dihidangkan dengan seraut wajah kacak yang sentiasa dinantikan.

"Nah, ambik ni."

"Apa ni?" Dahi Bunga berkerut. Tak ada angin tak ada ribut, terus bagi daun-daun hijau ni dekat dia. Sudahlah salam pun tak bagi. Huhh!

"Daun. Tak nampak ke?" Perli Han sebelum terus mengambil Manis yang sedang berada di dalam dukungan Bunga. Terus tersenyum lebar sehingga nampak gusi si Manis itu apabila berpindah dukungan.

"Tahu lah daun. Tapi untuk apa daun ni?" Bunga merengus perlahan. Plastik yang berisi daun hijau itu digenggam kuat. Geram betullah! Orang tanya elok-elok, nak perli-perli pula!

"Daun tu nanti kau ramas sampai hancur, letak dalam air mandi. Lepastu kau mandi guna air tu. Untuk kebahkan demam." Jelas Han. Tahu agaknya yang Bunga sikit lagi nak bertukar jadi jembalang tanah.

"Mana awak tahu saya demam?"

Han terdiam sesaat. Wajah Manis dipandang lama sebelum satu jawapan ringkas diberi kepada Bunga yang sedang menanti.

"Sekar bagitahu tadi."

Bunga akhirnya mengangguk faham. Pasti Sekar susah hati hendak meninggalkan Manis kepadanya. Tak sangka pulak demam di dunia nyata itu terbawa-bawa sampai ke mimpi. Haihh... Teruk sangat demam kau ni, Bunga.

Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]Where stories live. Discover now