Perkenalan bersama anak raja, hanya sekadar batas perkerjaan. Tidak dibenarkan mempunyai sebarang perasaan. Sayang, cinta dan kasih. Semua ini adalah halangan. Halngan bagi seorang pemangku diraja untuk meluaskan empayar.
Sakit? Sudah semetinya. Tap...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Derap langkahnya semakin laju. Matanya sesekali melingas ke kiri kanan untuk mencari jikalau ada dayang istana di situ. Bibir Putera Han merengus perlahan. Mana pergi habis semua orang ni? Makan gaji buta ke? Dia perlukan brownies kegemarannya sekarang.
Mahu tak mahu, terpaksa juga lah dia memasuki ruangan dapur untuk mencari brownies itu sendiri. Haih. Baru sahaja setapak menjejak ke lantai ruangan dapur, matanya sudah dapat menangkap satu susuk tubuh yang sedang enak melabuhkan kepala di atas meja.
Putera Han mengeluh kecil sebelum tangannya mengetuk permukaan meja itu beberapa kali. Sedap betul gadis itu tidur ya. Dalam tidak sedar, anak matanya langsung tidak terkalih dari merenung seraut wajah polos milik gadis yang bernama Bunga itu.
Entah apa yang merasuk, jarinya menyentuh lembut rambut yang jatuh menutupi separuh wajah milik Bunga itu. Diperbetulkan rambut Bunga supaya dia dapat melihat wajah itu dengan lebih jelas.
"Kau cantik. Tapi sayang, kau cuma lah dayang istana." Ujarnya perlahan. Bibir yang tadi cuma tersenyum hambar, mula melorek senget. Jarinya dijauhkan dari wajah mulus itu lalu kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.
Buat kesekian kalinya, wajah tidur Bunga direnung lama sebelum kakinya dibawa keluar dari ruangan dapur itu. Menjadikan niat asalnya, terkubur begitu sahaja.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Puteri Mirdal membaling kasar cawan di tangannya. Habis bersepai cawan itu tatkala menghempas dinding. Turun naik dadanya sambil kelopak mata dipejam. Cuba untuk menahan sabar.
Apa yang dilihat hari ini, begitu menyakitkan hatinya. Dia tidak suka apabila dayang istana murahan seperti Bunga itu mendapat perhatian keluarga diraja Emmeria. Apa yang semakin membuatkan hatinya terbakar, Putera Han sudah berani menyentuh perempuan itu!
Tchh! Sebelum ini, dia hanya mahu memegang tangan lelaki itu sahaja, itu pun dah kena marah. Sekarang, lelaki itu dengan semudahnya pergi menyentuh kulit dan rambut perempuan itu dengan sukarela?! Apa yang ada pada dayang istana bodoh itu?!!
"Tuan Puteri, mari saya tolong bersihkan." Terketar-ketar dayang istana yang bernama Fara itu berkata. Entah apalah yang telah membuatkan puteri seorang itu mengamuk sebegitu rupa.