MIMPI 54

1.1K 82 11
                                    

"Yaya!!! Sabar kejap lah! Laju-laju nak pergi mana tu?" Terjerit-jerit Warda dibuatnya apabila gadis kecil itu laju melangkah meninggalkan Warda yang sedang terkial-kial menutup pintu rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Yaya!!! Sabar kejap lah! Laju-laju nak pergi mana tu?" Terjerit-jerit Warda dibuatnya apabila gadis kecil itu laju melangkah meninggalkan Warda yang sedang terkial-kial menutup pintu rumah.

Haishh! Mana dengan nak tolak stroller lagi. Kang tak bawak stroller, tak boleh juga. Budak Yara tu peel dia lain macam. Tengah-tengah seronok berjalan boleh merengek nak naik stroller. Dah tak rajin nak berjalan, jadi stroller adalah wajib setiap kali nak keluar main dekat luar.

Mujur juga lah mereka tinggal di dalam kawasan istana jadi tidak risau sangat lah kerana tidak ada kenderaan seperti kereta dan motor yang memandu laju. Paling kerap berlegar sana sini pun buggy aje lah.

"Awak ni kan, Yaya. Nakal betul! Tak padan dengan perempuan. Awak tu perempuan, berjalan ke perlahan-perlahan. Ini tidak, dah macam masuk acara siapa berjalan paling laju." Bebel Warda sebaik sahaja berjalan seiring dengan Yara.

Yara hanya terkekek-kekek ketawa dek dikejar Warda tadi. Seronok sungguh dia! Ingat orang tak penat ke main kejar-kejar dengan dia? Warda akhirnya tersenyum juga melihat tubuh kecil itu.

"Jalan terus je jangan nak belok-belok. Kita nak pergi playground." Kata Warda apabila kaki Yara hendak hendak membelok entah ke mana.

"Nooo..." Langkah kecil Yara terhenti. Kedua mata bulatnya memandang Warda dengan gelengan beberapa kali.

"Apa yang no?" Warda mencekak pinggang. Bibirnya dikemam rapat mendengar bahasa alien yang keluar dari mulut Yara itu. Sampai tersembur-sembur air liur mahu bercakap.

"Kakak tak faham Yara punya bahasa alien tu. Sudah, jom pergi playground."

Warda tersenyum puas hati apabila Yara mendengar katanya. Tubuh kecil itu berpaling ke hadapan sebelum terlanggar sepasang kaki milik manusia. Yara mendongak ke atas. Secara automatik, dia tersengih lebar setelah melihat wajah milik sepasang kaki itu. Yara menoleh, memandang Warda yang sudah kaku seperti bongkah ais.

"Err... Maaf tuan putera. Yaya tak sengaja tadi." Ujar Warda gabra. Iyalah, ini merupakan kali pertama dia bersua muka dengan Putera Mahkota Emmeria itu!

"It's okay."

Putera Han merendahkan badannya separas Yara. Rambut yang di ikat tocang seperti pokok kelapa itu diusap.

"Hye, Yaya." Pipi gebu itu dicuit lembut. Dia tersentak sedikit apabila gadis kecil itu terus memeluk lehernya. Putera Han tersenyum nipis dan terus diangkat Yara ke dalam dukungan.

"I'll bring her with me."

"Eh, tak boleh! Nanti mama dia marah." Warda kembali gelabah. Aduh! Tertinggi suara dekat kerabat lah pulak!

"Cakap dekat mama dia, kalau nak Yaya balik, datang ambil dekat rumah istana nombor sembilan. Anak dia ada dekat situ." Tutur Putera Han selamba. Langsung tidak dihiraukan wajah pucat tidak berdarah milik Warda itu.

Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]Where stories live. Discover now