MIMPI 70

1.6K 69 6
                                    

"Kandang tu baru buat ke? Bunga tak pernah perasan pula sebelum ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Kandang tu baru buat ke? Bunga tak pernah perasan pula sebelum ni." Tanya Bunga sambil menunjuk ke arah sebuah kandang yang bersaiz agak besar tidak jauh mereka.

"Baru siap dua hari lepas. Tinggal nak masukkan kuda je dalam tu. Kebanyakkannya untuk anak kuda lah sebab banyak juga yang baru lahir tu. Nanti diaorang besar sikit baru pindah masuk sini."

Bunga mengangguk faham. Sejak-sejak Putera Han menguruskan equestrian school di Rivendell, lelaki itu semakin sibuk dengan aktiviti penternakan kuda. Kuda-kuda yang sudah cukup umur nanti akan dibawa ke Rivendell sebagai hak milik sekolah.

"Kita berhenti kejap boleh? Bunga rasa nak duduk ambil angin kejap dekat pondok tu."

"Boleh, sayang..." Usai itu, tali kekang pada midnight ditarik perlahan supaya kuda hitam pekat itu menghentikan langkah. Putera Han melompat turun dari midnight dan mendekati Bunga.

"Come." Kedua belah tangan disua kepada Bunga yang masih berada di atas kuda.

"Bunga boleh turun sendiri lah, abang."

"Tinggi lah, sayang. Cepatlah sayang, penat saya sua tangan tapi tak ada yang sambut." Gesa Putera Han apabila melihat Bunga masih berkira-kira.

"Yelah, yelah." Bunga mengalah. Badannya dicondongkan sedikit ke arah Putera Han sebelum kedua belah tangan suaminya itu mencekak ketiaknya dan dia dibawa turun dari kuda dengan mudah. Wajah Bunga sudah memanas segan. Malulah orang pegang ketiak kita!

"Anak dah dua orang pun malu lagi? Macamlah tak biasa. Dukung Bunga pun abang—"

Bunga dengan pantas menekup mulut Putera Han. Jangan berani-berani Putera Han meneruskan ayat. Huhh!

"Jangan cakap hal bilik tidur dekat luar lah, abang!" Geram betul Bunga rasa. Lagi-lagi bila melihat Putera Han yang sedang galak mentertawakannya. Bunga merengus perlahan.

"Okay, okay. I'm sorry. Sumpah tak gelak dah. Sayang, pandang lah abang. Tengok Cookie buat apa. Bukannya handsome pun." Ujar Putera Han mahukan perhatian isteri.

Dahi Bunga berkerut. Apalah Putera Han ni. Memang lah Cookie tak handsome sebab Cookie betina! Bukannya jantan.

"Cookie ni betina abang. Dia tak handsome tapi dia cantik."

"Kuda pun cantik ke?"

"Apa? Ingat manusia je ke boleh cantik? Kuda pun boleh lah. Nanti Bunga panggil orang datang buat eyelashes extensions dekat Cookie. Baru abang tahu dia cantik ke tak lepas tu."

"Bukan-bukan je sayang Han ni." Putera Han tergeleng kecil. Ada ke patut nak buat eyelashes extensions dekat kuda. Tanpa isyarat awal, kedua belah tangannya naik memeluk pinggang Bunga dari belakang. Tepi kepala isterinya itu dikucup ringkas.

"Abang! Nanti orang nampak lah."

"Mana ada. Dekat sini ada kita berdua je." Putera Han menghiraukan rasa gelisah Bunga. Pinggang ramping itu semakin dipeluk erat. Bibirnya melebar apabila Bunga semakin menyelesakan diri di dalam pelukannya. Pandangannya dibuang ke arah padang rumput yang luas terbentang di depan mata.

Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]Where stories live. Discover now