Pagi itu, Bunga berjalan keriangan untuk ke sungai di belakang rumah Sekar. Bunyi kicauan burung begitu menyenangkannya. Lagi-lagi apabila mengingatkan Sekar yang sudahpun mampu tersenyum dek kerana Ahmad yang sudah sedar dari lena panjang. Baguslah. Manis pun nampak gembira bila dipeluk Ahmad.
Sekarang, hanya tinggal penjelasan dari Han sahaja. Apa yang dikatakan kepada Rumpin tempoh hari. Okay, mungkin semua tu cuma alasan. Perkara yang betul adalah dia rindukan lelaki itu. Rindu akan bicara sinis Han. Rindu segala-galanya mengenai Han. Ya. Bunga dah gila. Gilakan Han.
Dari jauh, dia sudah ternampak susuk tubuh Han yang sedang berdiri di pinggir sungai. Bibir Bunga langsung tersenyum sebelum...
"Arghh!" Bunga terjerit tatkala tangannya ditarik kuat oleh seseorang.
"Diam!" Bisik satu suara sambil menekup mulutnya. Dengan keadaan yang ditekup mulut, Bunga dibawa menjauh dari kawasan sungai.
"Siapa kau? Apa kau nak?!" Bunga terjerit sedikit. Turun naik nafasnya merenung gadis yang berwajah selamba itu. Sudahlah tekup mulut dia, heret dia merata pula tu. Tak cukup nafas dibuatnya!
"Aku Delima." Ujar gadis itu senada.
"Okay, Delima. Saya tak tahu apa masalah awak dengan saya tapi saya tak ada masa nak layan awak sekarang. Saya pergi dulu." Tak ada masa dia nak layan gadis yang lengkap berpakaian seperti lelaki itu. Sekali pandang, pasti orang akan menyangka Delima itu lelaki memandangkan rambutnya juga dipotong pendek.
"Tunggu." Delima menahan Bunga.
"Apa lagi?" Bunga menghela nafas berat. Dia dah lambat nak jumpa Han ni!
"Dengar cakap aku kalau kau nak tahu lebih tentang Ahmad. Tentang diri kau."
Mata Bunga mengecil. Delima dipandang dengan sangsi sebelum dia menghela nafas berat.
"Cakaplah."
Delima meliarkan matanya ke sekeliling. Dia menggeleng menolak cakap Bunga.
"Aku tak akan cakap dekat sini. Kau kena ikut aku kalau kau nak tahu tentang siapa Ahmad, Sekar dan anak mereka."
"Tak apa. Aku dah tahu siapa diaorang. Ahmad adalah tentera. Sekar pandai ubat orang. Dan Manis anak mereka yang comel. Itu saja kan yang kau nak bagitahu aku?" Laju sahaja mulut Bunga menjawab itu semua.
Delima tergelak sinis.
"Kau masih menganggap semua ini main-main sedangkan mimpi kau ini bukanlah sekadar mimpi semata-mata."
Tatkala itu, Bunga terkesima. Delima... Macam mana dia boleh tahu tentang mimpinya? Bahawa situasi sekarang ini adalah mimpinya?! Dipandang gadis kasar itu dengan tajam.
"Mana aku tahu? Aku tak akan bagitahu kau sekarang. Ada orang yang lebih layak untuk jelaskan semua perkara dekat kau." Kata Delima lagi.
"Siapa?"
YOU ARE READING
Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]
Roman d'amourPerkenalan bersama anak raja, hanya sekadar batas perkerjaan. Tidak dibenarkan mempunyai sebarang perasaan. Sayang, cinta dan kasih. Semua ini adalah halangan. Halngan bagi seorang pemangku diraja untuk meluaskan empayar. Sakit? Sudah semetinya. Tap...