"Tuan putera!"
"Shhh!!!" Putera Han terus menekup mulut Bunga sebelum kedua tubuh mereka berselindung di sebalik pohon.
Terkebil-kebil Bunga dibuatnya. Dengan mulut yang masih ditekup rapat, matanya naik memandang raut wajah Putera Han yang tegang. Kenapa?
"Raja Mashwi mahukan Marvis jatuh hari ini juga. Buat lah apa saja, asalkan mereka tidak memberontak lagi."
Satu suara yang mula kedengaran terus menarik mata Bunga dari memandang Putera Han. Anak matanya pantas dilarikan mencari pemilik suara tersebut.
"Kenapa tiba-tiba sangat?" Satu suara lagi kedengaran.
"Dengar kata Raja Mashwi mahupun tanah ini pada minggu ini juga. Jadi mahu tidak mahu, kita perlu menekan penduduk di sini supaya menandatangani dokumen persetujuan."
Kolapak mata Bunga membundar besar. Marvis... Akan dirampas secara keseluruhan pada minggu ini?!
"Ahhh ingat mudah? Orang-orang Marvis perangainya degil. Mana mahu mereka tanda tangan dokumen itu." Tentera Alginia itu menggeleng kesal. Kesal mahu melayan perangai orang-orang Marvis yang tidak mahu mengalah itu.
"Sebab itu orang atasan dah keluarkan arahan. Bunuh saja sesiapa yang memberontak dan bakar sehingga jadi abu. Mudah bukan?"
Bergetar tubuh Bunga tatkala mendengar kata-kata lelaki itu. Dapat dirasakan tubuh Putera Han di belakangnya turut menegang.
"Tapi kan nak capai semua ini dengan damai? Tanpa pertumpahan darah."
"Kau fikir itu semua betul-betul terjadi ka? Itu semua kata-kata dusta, Marzuki. Kata-kata untuk mengelakkan dunia menghalang kita untuk merampas tanah Marvis."
"Jadi... Bunuh sesiapa saja yang memberontak? Termasuk tentera Marvis? Ahmad?"
"Termasuk tentera Marvis. Ahmad, tak perlu. Rumpin sendiri mahu habiskan dia."
"Baik, tuan!" Dan dua batang tubuh itu mula hilang di sebalik kejahuan. Putera Han membalikkan tubuh Bunga agar menghadapnya.
"Bunga, listen here. Kita dah tak ada banyak masa. Marvis akan dilenyapkan tak lama lagi. Ingat lagi perkara pertama yang kau kena buat lepas sampai ke sini?"
Bunga mengangguk perlahan. Liurnya ditelan kesat. Kenapa semua ini mesti terjadi dengan begitu pantas?
"Cari camera."
"Okay, good girl. Now, kita cari camera tu dulu. Lepas tu, kau terus balik ke rumah Ahmad dan Sekar. Boleh?" Putera Han memandang Bunga lama.
"Tuan putera?"
"Aku akan cuba lengahkan Rumpin daripada datang cari Ahmad."
"Tapi macam mana?"
"Aku ada cara aku, Bunga. Yang penting sekarang ni, kau kena bawak keluar Sekar, Ahmad dan Manis daripada rumah tu. Go somewhere yang kau rasa Rumpin dan tentera Alginia tak akan jumpa kauorang. Okay, Bunga?"
YOU ARE READING
Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]
RomancePerkenalan bersama anak raja, hanya sekadar batas perkerjaan. Tidak dibenarkan mempunyai sebarang perasaan. Sayang, cinta dan kasih. Semua ini adalah halangan. Halngan bagi seorang pemangku diraja untuk meluaskan empayar. Sakit? Sudah semetinya. Tap...