Air mata Bunga mengalir lagi. Lagi dan lagi. Beberapa hari ini, sudah tidak terkira air mata yang terbit dari tubir matanya. Dia mahu tidur, mahu ke Marvis. Namun langsung tidak berhasil. Bangun sahaja tidur, dia masih berada di Emmeria. Dan dia bencikan itu.Sepatutnya waktu wan memberitahunya tentang Sekar, Ahmad dan Manis, dia tak seharusnya pengsan. Disebabkan pengsan itulah, dia terus tersedar dan berada di Emmeria. Sudah berhari-hari. Persis seperti hari itu, dia tidak lagi bermimpi. Sudah berhari-hari, dia mengharapkan mimpi nyata itu. Namun malangnya, mimpi tetap tidak kunjung tiba. Bunga mengeluh perlahan.
"Ehem!"
Deheman seseorang mengalih pemikiran Bunga dari terus berfikir soal Marvis. Lelaki yang menegurnya tadi, dipandang. Wakeel. Apa saja lah yang kerabat seorang itu mahu sehingga sanggup mencemar duli ke kawasan rehat khas untuk dayang istana itu.
"Ya, Tuan Putera? Ada nak apa-apa ke?" Meskipun berasa rehatnya agak terganggu, tetap dilayan Wakeel dengan baik dan sopan. Lagipula lelaki itu tidaklah jahat sehingga dia perlu melayan seperti dia melayan Puteri Mirdal.
"Just call me Wakeel. Saya bukannya putera macam Han dan Aril."
Bunga terdiam sebentar sebelum dia mengangguk akur. Wajah Wakeel yang sedang tersenyum nipis itu dipandang sekilas. Aneh. Setahunya lelaki itu tidak terlalu gemar menayangkan senyumannya.
"My dad orang biasa yang berkahwin dengan adinda Tuanku Permaisuri. That's why pangkal nama saya tak ada Putera." Tanpa dipinta, Wakeel menjelaskan kepada Bunga.
Kerutan di dahi cepat-cepat dihilangkan. Bunga tersenyum nipis. Sekadar menunjukkan bahawa dia mendengar dan faham akan penjelasan Wakeel. Iyalah, sebelum ini tak pernah Wakeel semesra begitu. Tapi hari ini, tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba sepupu Putera Han yang seorang itu mencemar dulu datang berbicara dengannya terlebih dahulu.
"Ohh, macam tu rupanya."
"Kau dah lega demam?" Tanya Wakeel lagi. Masih cuba menarik perhatian gadis itu.
"Hahh? Dah. Dah lega dah." Jawab Bunga lalu tersenyum kekok. Dia yang tadinya hendak menyusun jadual Permaisuri Ranisya di dalam Ipad tergendala seketika. Dipandang kosong Wakeel yang masih mahu berbual dengannya itu.
"Baguslah. Kalau dah lega saya—" Tidak sempat Wakeel menghabiskan ayat, bicaranya terus disampuk orang lain.
"Aku tak tahu pula yang kau ni banyak bercakap dengan perempuan selama ni, Wakeel." Ujar Putera Han tanpa sedikit pun nada mesra.
Bunga tersentak kecil. Putera Han yang datang mendekati itu, mereka berdua pandang serentak. Wajah itu, langsung tidak terhias sebarang senyuman. Serius sahaja riak wajahnya. Hal itu sedikit sebanyak menggentarkan sekeping hati milik Bunga.
Wakeel berpura-pura ketawa. Bahu Putera Han ditepuk beberapa kali. Seram betul tatapan mata putera seorang itu. Dah macam nak makan orang.
"Salah ke aku nak berkenalan dengan Bunga? Lagipun, aku kesian Bunga tak ada kawan dekat istana ni."
YOU ARE READING
Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]
RomancePerkenalan bersama anak raja, hanya sekadar batas perkerjaan. Tidak dibenarkan mempunyai sebarang perasaan. Sayang, cinta dan kasih. Semua ini adalah halangan. Halngan bagi seorang pemangku diraja untuk meluaskan empayar. Sakit? Sudah semetinya. Tap...