"MACAM MANA BOLEH WUJUD VIDEO BODOH MACAM TU HAHH?!!"
Permaisuri Ratna menyentuh perlahan telinganya. Punya lah kuat Raja Kashim menempik sampai sakit telinga dia. Dalam diam, dia mengeluh malas. Drama apa lagi yang dia perlu hadap. Kini, hampir satu dunia telah mengetahui kebenaran. Ada kemungkinan, dia akan dibuang oleh keluarga diraja Rivendell. Rasa menyesal mula menyelubungi hatinya.
"Sa-saya tak tahu, tuanku. Kami dah cuba sekat video tu tapi tak berjaya. Tak kira banyak mana pun kami cuba padam, video tu masih ada di semua tempat. Maaf, tuanku." Lelaki yang merupakan orang kanan Raja Kashim itu tertunduk takut.
"Kau fikir maaf kau boleh kembalikan maruah keturunan aku ke, bodoh?" Raja Kashim mengertap gigi kuat. Musibat mana yang cuba cari pasal dengan dia sekarang ni?!
"Aku nak kau cari dalang di sebalik benda ni sampai jumpa. Bawa dia ke hadapan aku. Hidup-hidup. Biar aku sendiri yang tamatkan riwayat dia." Arah Raja Kashim dengan dada yang turun naik menahan amarah.
"Ba-baik, tuanku." Satu tundukan hormat diberi lalu melangkah keluar dari ruangan itu. Tak sanggup nak hadap amarah Raja Kashim lama-lama.
"Ratna." Panggil Raja Kashim perlahan. Hampir sahaja tidak didengari.
"Hm."
"Jangan bagi Mirdal keluar dari istana. Aku tak nak rakyat tak guna tu serang dia pula nanti."
"Awak ingat dia nak ikut cakap saya ke? Dia kan anak kesayangan awak, awaklah yang pergi cakap dengan dia. Tak kuasa saya nak melayan perangai tak semenggah dia tu." Permaisuri Ratna mencebik meluat lalu turut meninggalkan Raja Kashim sendirian di ruangan itu.
Raja Kashim mencengkam rambut dengan tertekan. Apa yang perlu dia buat sekarang?!! Memikirkan bahawa berita itu akan sampai ke telinga jabatan yang bertanggunjawab, memang tamatlah riwayatnya nanti!
"Ayahanda!!!"
"Mirdal, anak ayahanda..." Raja Kashim memandang tubuh Mirdal yang berdiri di anak tangga terakhir itu. Kakinya dibuka langkah mendekati gadis yang berwajah bengis itu.
"Apa semua ni?! Sekarang dah kecoh satu negara! Video tu dah tersebar luas, ayahanda!" Puteri Mirdal meraup kasar rambutnya.
"Ayahanda pun tak tahu mana datangnya video tu! Disebabkan video tu, semua benda jadi kacau bilau. Ayahanda kena selesaikan satu persatu. Jabatan Penyiasatan Negara pasti dah tahu pasal benda ni. Dua tiga hari nanti, mesti mereka akan datang geledah harta benda milik kita." Kata Raja Kashim lagi. Sekeliling ruangan istana itu dipandang. Tak guna! Dia tak akan benarkan mereka rampas kemewahan ini daripadanya!
"Hishhh, tak kan ayahanda tak ada kenalan kut dalam jabatan tu? Sogok lah duit ke apa ke. Do something lah!" Bentak Puteri Mirdal.
"Masalahnya memang tak ada!!! Jabatan Penyiasatan Negara tu bukannya jabatan yang cikai-cikai macam jabatan lain. Jabatan tu tak ambil pekerja yang makan rasuah!"
YOU ARE READING
Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]
RomancePerkenalan bersama anak raja, hanya sekadar batas perkerjaan. Tidak dibenarkan mempunyai sebarang perasaan. Sayang, cinta dan kasih. Semua ini adalah halangan. Halngan bagi seorang pemangku diraja untuk meluaskan empayar. Sakit? Sudah semetinya. Tap...