MIMPI 43

1.6K 96 4
                                    

"Aku terima nikahnya Bunga Narina binti Mohammed Basir dengan mas kahwin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku terima nikahnya Bunga Narina binti Mohammed Basir dengan mas kahwin..."

Lancar sahaja sebaris ayat panjang itu dituturkan oleh Putera Han tanpa ragu. Bunga merenung lama tubuh Putera Han yang sedang membelakanginya itu. Mata yang terasa mulai berkaca dikerdipkan beberapa kali. Habis lah solekan di wajah nanti kalau dia menangis.

"Alhamdulillah. Bunga dah selamat pun jadi isteri Han. Tahniah." Ucap Aunty Daniya, yang merupakan ibu Den yang telah menguruskan segala perkara pada hari ini. Wanita separuh umur itu memeluk tubuhnya sekejap.

"Terima kasih, aunty." Ahh, matanya mulai berkaca kembali. Di saat tiada sesiapa pun yang menemaninya, ada wanita itu setia berada di sisinya saat diijab kabul.

"Dah, takmau nangis. Tu, suami awak tu dah datang nak sarung cincin. Senyum sikit."

Bunga mengangguk perlahan. Hujung bibir menarik senyum sebelum Putera Han yang semakin mendekat dipandang dengan rasa gentar. Jantungnya berdegup laju. Ya Allah, suami siapa lah yang kacak sangat ni? Ya, suami Bunga lah. Suami siapa lagi.

"Hai." Tegur Putera Han.

"Hai." Malu-malu Bunga membalas. Wajahnya mulai membahang. Ahh, sudah lah Bunga. Bukannya kali pertama jumpa Putera Han pun nak malu-malu bagai!

Tidak semena-mena, Putera Han tertawa kecil. Kepalanya digeleng beberapa kali. Terhibur dengan tingkah resah Bunga. Tangan mulus itu dicapai dan di elus lembut. Selembut kulit si isteri. Bibirnya tersenyum kecil.

"Bila tuan putera nak sarung cincin? Semua orang tengah tengok sebab tuan putera lama sangat tenung tangan saya." Bisik Bunga perlahan. Geram pula dengan Putera Han ni. Boleh pula berangan waktu nak sarung cincin. Kan semua orang dah tengok sambil tersengih-sengih.

Sekali lagi, tawa Putera Han terletus. Bahagia sungguh dia hari itu. Sebentuk cincin yang sudah dipilih khas untuk Bunga, disarung ke jari manis gadis itu. Dia tersenyum lebar. Finally, Bunga jadi milik dia.

Bunga menarik nafas dalam. Fuh! Nervous nya padahal nak sarung cincin dekat jari Putera Han je pun! Dengan terketar-ketar, tangannya menyaring masuk cincin kepada jari milik Putera Han.

Baru sahaja mahu menarik nafas lega, terasa ada sesuatu yang menyentuh dahinya. Bunga langsung mengeras. Terkedip-kedip kelopak matanya memandang dada yang dilindungi sejenis fabrik berwarna putih baldu itu.

"Lama sikit cium tu. Nak ambil gambar." Sampuk satu suara, yang dia agak adalah milik Den.

Bunga menggerutu geram di dalam hati. Apa pasal lama sangat ni? Nak ambil gambar je pun! Hishh! Tak tahu ke muka dia dah rasa macam nak meletup sekarang ni? Wahai Putera Han cepat lah jauhkan bibir itu dari dahinya.

Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]Where stories live. Discover now