Saat kelopak mata dibuka, wajah si isteri terpapar di depan mata. Putera Han menarik senyum. Helaian rambut yang menutupi wajah cantik itu diselitkan ke belakang telinga Bunga. Tawanya terletus apabila tangan Bunga menepis perlahan tangannya yang ralit menyentuh kulit wajah itu.Wajah Bunga terus direnung tanpa rasa jemu. Entah perkara baik apa lah yang telah dia lakukan sehingga dihadiahkan seorang isteri seperti Bunga. Isteri... Perkataan yang jarang sekali terlintas di fikirannya sebelum ini. Namun kini, perkataan itulah yang akan sentiasa dia sebut sehingga ke akhir hayatnya.
Isteri...
Bunga adalah isterinya...
Bunga... adalah milik dia sepenuhnya.
Dikucup lembut dahi milik Bunga sebelum tubuh itu ditarik merapatinya. Rapat sehingga deruan nafas perlahan Bunga dapat didengari olehnya. Dikucup lagi pucuk hidung Bunga sebelum bibirnya turun menyentuh kedua belah pipi wanita itu.
"Han... Jangan kacau saya tidur lah." Ujar Bunga dengan mata yang masih terpejam rapat. Sungguh dia tidak bermaya walaupun hanya mahu membuka mata.
"Mana ada aku kacau kau, sayang."
"Hm... Pukul berapa sekarang?"
"Tidurlah. Sekarang baru pukul 5 pagi." Bahu Bunga ditepuk perlahan.
"Dah tu kenapa awak bangun awal sangat?"
"Saja. Aku tak sabar nak bangun dari tidur sebab setiap kali aku celik mata, aku akan nampak bidadari. Bidadari yang sangat-sangat cantik."
"Siapa bidadari tu?" Sengaja. Bunga sengaja bertanya meskipun dia sudah tahu akan jawapannya. Dengan mata yang masih terpejam, Bunga menarik senyum lebar. Kehangatan tubuh Putera Han begitu selesa dikala kedinginan pagi itu.
"Dah tahu pun sibuk nak tanya lagi." Omel Putera Han.
"Saja nak dengar jawapan daripada mulut putera mahkota seorang ni."
"It's you. Kalau lah bidadari tu. Bidadari aku, isteri aku. No one can replace you, my lady. Selama-lamanya, aku akan claim bahawa kau tu, aku punya."
Berbunga-bunga hati Bunga dibuatnya. Bibirnya kian melebar. Kelopak mata akhirnya dibuka sedikit, mengintai wajah Putera Han yang tepat berada di hadapan mukanya.
"Same goes to me. Tak ada sesiapa yang boleh gantikan tempat awak dalam hidup saya. Forever, you'll be my husband... And my prince." Ucap Bunga lalu mengucup sesaat bibir suaminya. Kelopak mata dipejam kembali. Malu!
YOU ARE READING
Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]
RomantikPerkenalan bersama anak raja, hanya sekadar batas perkerjaan. Tidak dibenarkan mempunyai sebarang perasaan. Sayang, cinta dan kasih. Semua ini adalah halangan. Halngan bagi seorang pemangku diraja untuk meluaskan empayar. Sakit? Sudah semetinya. Tap...