MIMPI 49

1.4K 103 4
                                    

Jaket tebal ditarik merapat ke tubuh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Jaket tebal ditarik merapat ke tubuh. Sedikit sebanyak tubuh yang tadinya menggigil sudah mulai merasakan sedikit haba. Sesekali, tapak tangan digosok lalu ditiup. Sejuk betul!

Pintu rumah yang dihuninya bersama Warda itu semakin kelihatan. Bunga mempercepatkan langkah kakinya. Dia sudah tidak tahan dengan kesejukan di negara itu. Entah macam mana lah orang-orang di sini bertahan sepanjang tahun hidup di dalam negara yang bercuaca seperti peti ais itu.

Sebaik sahaja sampai di depan pintu, nombor pin dimasukkan dan pintu terbuka. Sayup-sayap, Bunga dapat mendengar suara orang berbual di dalam rumah. Dia langsung tersenyum manis apabila matanya bertentang dengan seseorang.

"Dah lama sampai, Putera Aril?"

"Poyo je panggil Putera Aril." Ujar Putera Aril sambil membuat muka.

Bunga tergelak perlahan. Jaket tebal berbulu yang menutup tubuhnya tadi ditanggal dan disangkut ke pengangkut yang terlekat di dinding rumah.

"Ada apa datang sini? Hanum tak datang sekali ke?" Bunga melabuhkan duduk di sofa berhadapan dengan Putera Aril. Anak matanya meliar mencari tubuh isteri Putera Aril.

"Kau memang nak buat anak aku tu macam anak kau kan? Memang dah tak nak kasi balik ke anak aku tu?" Selar Putera Aril dengan anak mata yang memincing tajam memandang Bunga.

"Ha'ah. Kau pergi lah balik sana dengan Hanum. Pergi luangkan masa suami isteri. Lila, biar aku dengan Warda yang jaga."

"Jangan haraplah, Bunga. Aril tu tidur tak lena dah malam semalam. Kalau tinggal lagi Lila dekat dekat awak, mahu negara sejuk ni bertukar jadi negara terpanas di dunia." Sampuk Hanum yang baru keluar dari ruangan dapur.

Putera Aril membulatkan mata kepada si isteri. Ada pulak pergi bocor rahsia dekat orang lain. Malu lah orang tahu yang dia tak boleh berpisah dengan anak.

"Auta je tu, Bunga. Kau tak payah nak dengar. Anak papa, meh sini dekat papa, baby." Lila yang berada di dalam dukungan Hanum terus dicapai. Rindu betul dengan anak sorang ni!

"Ni, Yara mana? Tak dengar suara pun dari tadi." Tanya Puteri Aril sambil kepalanya meliar ke sekeliling rumah.

Dahi Bunga berkerut sedikit sebelum Warda yang sedang menuang air ke dalam cawan itu dipandang.

"Warda, Yaya tidur ke?"

"Ha'ah, kau keluar je tadi dia terus tertidur."

"Tak apa lah kalau macam tu. Ingat nak jumpa kejap sebelum aku balik Rivendell." Ujar Putera Aril lagi.

"Tak apa. Lagi dua minggu boleh jumpa lagi."

Putera Aril mengangguk. Disisip sedikit air coklat panas buatan Warda sebelum wajah tenang Bunga dipandang serius.

"Ingat Bunga. Jangan balik selagi royal tournament tu tak habis. Aku dengan Wakeel tak nak kau terserempak dengan sesiapa. Kau faham kan? Keselamatan kau adalah keutamaan sekarang ni. Aku tak nak Mirdal tahu yang kau masih hidup."

Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]Where stories live. Discover now