"Tuan Putera nak pergi mana ni?" Bunga menyoal hairan tatkala matanya jatuh pada batang tubuh Putera Han yang sudah bersiap sedia untuk keluar dari rumah wan. Di tangan lelaki itu juga terdapat sebuah camera yang mereka gali siang tadi.
"Aku nak pergi cari Rumpin. Hati aku rasa tak sedap. Lagipun kita still tak banyak rakaman tentang kekejaman tentera Alginia. Aku kena keluar untuk rakam semua adegan itu."
"Tapi bahaya. Kita cuma ada masa lagi dua jam sebelum hantar Manis pergi dari sini. Tak boleh tunggu lepas tu?"
"Kau tak takut kau terjaga dari tidur lepas dah hantar Manis pergi?"
Bunga terdiam sejenak setelah mendengar kata-kata Putera Han itu. Ada benarnya juga. Dia tidak dapat menebak waktu dan saat dia bakal terjaga dari tidurnya. Jika dia terjaga dari tidur sebelum semuanya selesai, habis hancurlah rancangan yang telah disusun rapi selama ini.
"Kau duduk rumah diam-diam. Aku pergi tak lama. Lepas dah settle semuanya, aku datang balik dekat kau. Boleh, Bunga?"
"Boleh." Dengan hati yang berat, Bunga mengangguk juga akhirnya. Bibirnya mengeluarkan keluhan lemah sambil matanya menyorot mengikuti langkah Putera Han yang kian menjauh dari rumah.
Dia masih sukar untuk mempercayai semua ini. Bagaimana perkara seperti ini boleh terjadi kepada dirinya? Gila bukan? Datang ke masa lalu demi membela nyawa datuk dan neneknya serta bagi memastikan nyawa ibunya kekal bernafas. Jika dia bercerita kepada Iris, pasti Iris berkata dia gila. Suka sangat berangan, begini lah jadinya. Haih. Bunga mengeluh lagi.
Sentuhan di bahu mematikan lamunannya. Wajahnya ditoleh lalu sebuah senyuman diukir buat wan. Wanita tua memandangnya sekilas sebelum tunak merenung ke luar jendela. Entah apa yang berlegar di dalam fikiran wan, Bunga sendiri tidak dapat menebak.
"Ke mana Han pergi?" Tanya wan memecahkan kesunyian.
"Err... Han pergi—"
"Pergi cari Rumpin?" Tebal wan lagi.
Mahu tidak mahu, Bunga menganguk mengiakan. Nada serius yang digunakan wan sedikit sebanyak menggerunkan Bunga.
"Pergi cari Han. Jangan sampai dia jumpa Rumpin. Kalau tidak nyawa dia akan dalam bahaya."
Bunga terkedu. Sisi wajah wan, dia tatap dengan lebih lama. Dia perlukan penjelasan.
"Berhenti buat perkara yang dapat melayangkan nyawa kalian. Nyawa kalian berharga di sini begitu juga di dunia sana. Jangan sia-siakan demi perkara yang tak pasti. Wan tak tahu apa yang kalian rancang. Tapi ianya berkait dengan rakaman." Wan berjeda sebentar.
"Rakaman itu yang akan menjadi punca maut kepada Han. Pergi cari Han sebelum terlambat. Nyawa kalian, lebih bermakna daripada rakaman-rakaman itu."
YOU ARE READING
Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]
Storie d'amorePerkenalan bersama anak raja, hanya sekadar batas perkerjaan. Tidak dibenarkan mempunyai sebarang perasaan. Sayang, cinta dan kasih. Semua ini adalah halangan. Halngan bagi seorang pemangku diraja untuk meluaskan empayar. Sakit? Sudah semetinya. Tap...