Puteri Mirdal membuang pandang ke luar tingkap kereta. Matanya jauh merenung, berharap supaya sosok tubuh milik Putera Han terlihat dek matanya. Namun semuanya tidak terjadi seperti mahunya. Sudah hampir dua jam, dia berpusing di sekitar bandaraya Alginia, namun kelibat lelaki itu masih lagi tidak kelihatan di mana-mana.Telefon pintar dikeluarkan daripada beg tangan. Nombor panggilan Putera Han ditekan dan di dail. Ditunggu dengan penuh sabar sehingga lah suara operator wanita yang menyambut panggilan. Puteri Mirdal merengus kasar.
"Cari Putera Han sampai jumpa. By tomorrow, kalau Putera Han tak ada dekat istana, siap lah kauorang." Ugut Puteri Mirdal sambil memandang Hesni dengan tajam.
Hesni mengangguk akur. Tidak banyak songeh, beberapa pesanan ringkas dihantar kepada semua pengawal peribadi yang bertugas di bawah kerajaan Alginia.
"Macam mana kalau Putera Han berkeras tak mahu ke istana, tuan puteri?"
"Just do anything, I don't care. Asalkan dia ada depan mata I. Tapi jangan sampai mati pula. Faham?"
"Faham, tuan puteri."
"Apa yang awak sorokkan daripada saya Han? Nampaknya benda yang awak sorokkan itu lagi menarik daripada saya. And I hate that. Saya, akan musnahkan semua perkara yang menarik di mata awak. Hanya saya saja yang boleh tarik perhatian awak, Han." Getus Puteri Mirdal perlahan. Tanpa menghiraukan Hesni dan pemandu istana yang turut berada di dalam kereta itu.
"Tuan putera dah jumpa ke tempat untuk tanam camera ni?" Soal Bunga sebaik sahaja membuka pintu rumah. Putera Han yan berdiri sandar di tepi pintu itu dipandang sambil menyarungkan kasut ke kaki.
"Duduk lah dulu kalau susah sangat nak pakai kasut tu. Pakai berdiri macam tu, jatuh baru tahu."
"Tak apa dah siap dah pun." Kata Bunga lalu berdiri tegak. Sengihan tidak bersalah ditunjuk kepada Putera Han.
Putera Han menghela nafas perlahan. Suka hati kau lah, Bunga.
"Jom, Den dah tunggu dalam kereta tu."
YOU ARE READING
Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]
RomancePerkenalan bersama anak raja, hanya sekadar batas perkerjaan. Tidak dibenarkan mempunyai sebarang perasaan. Sayang, cinta dan kasih. Semua ini adalah halangan. Halngan bagi seorang pemangku diraja untuk meluaskan empayar. Sakit? Sudah semetinya. Tap...