Mata Bunga meliar ke kiri dan kanan tanpa rasa jemu. Restoran itu dipenuhi dengan lelaki-lelaki muda yang sibuk berbual sesama mereka. Ada yang tengah bermain snooker di satu sudut. Kedua mata Bunga bersinar teruja. Macam seronok je main benda tu. Lengan baju Putera Han ditarik perlahan.
"Kenapa?" Putera Han menoleh memandang Bunga. Tangan itu ditarik untuk ke sebuah ruangan makan yang sudah ditempah khas.
"Tuan putera cakap nak tunaikan apa saja yang saya nak buat kan?" Bunga memandang Putera Han dengan penuh harapan.
Dengan ragu-ragu, Putera Han mengangguk. Lain macam betul Bunga hari ini. Risau pula nak dengar permintaan yang bakal diutarakan itu.
"Tu. Saya nak main tu boleh?"
Kening Putera Han bertaut rapat. Bebola matanya dilencongkan ke arah tangan Bunga yang sedang menunjuk itu.
"Snooker? Banyak-banyak benda, snooker jugak yang kau teringin nak main Bunga?" Putera Han memandang Bunga dengan tidak percaya. Apa yang pelik sangat si Bunga ni.
"Saya tengok macam best je. Boleh tolak-tolak bola tu guna kayu. Boleh lah. Please..." Lengan Putera Han digoyang-goyangkan. Sabar aje lah Putera Han dengan Bunga ni.
"No. Yang main dekat situ semua lelaki." Putera Han menggeleng tidak membenarkan. Haih, macam-macam. Punya lah banyak benda yang boleh buat dekat dunia ni, papan snooker itu juga yang menarik minat gadis itu. Cuba lah minta nak main funfair ke apa ke.
"Alahh, tuan putera suruh lah diaorang pergi. Biar saya pula yang main." Cadangan yang kurang bernas, Bunga utarakan kepada Putera Han.
"Kau fikir kedai ni kedai bapak aku ke, Bunga?" Matanya disepetkan, merenung Bunga dengan tidak percaya. Kang kalau di suruh sekumpulan lelaki itu pergi, dia pula yang kena nanti. Naya je tak sempat kahwin dengan Bunga.
"Hmm, ye lah." Bunga mengeluh akur. Tak apa lah. Mungkin next time.
"Jom. Den dah tunggu dekat dalam tu."
"Den?"
"Kawan aku. Bekas kekasih Zein." Beritahu Putera Han lagi. Rajin pula dia bercerita kepada Bunga akan hal lama itu. Sliding door ditolak dan terlihatlah seorang lelaki yang kusyuk bermain telefon pintar di situ.
"Bro!"
Putera Han dan Den bersalam ringkas. Kerusi ditarik sebelum Bunga yang berdiri kaku itu ditarik supaya melabuhkan duduk.
"Bunga kan? Saya Den, kawan Han."
"Hai..." Bunga menayang barisan gigi putihnya. Kekok. Tidak tahu mahu memberi reaksi bagaimana lagi.
"Comel." Puji Den sambil tersengih-sengih memandang Bunga.
"Den, jangan nak lebih-lebih ya." Suara Putera Han kedengaran memberi amaran.
YOU ARE READING
Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]
RomancePerkenalan bersama anak raja, hanya sekadar batas perkerjaan. Tidak dibenarkan mempunyai sebarang perasaan. Sayang, cinta dan kasih. Semua ini adalah halangan. Halngan bagi seorang pemangku diraja untuk meluaskan empayar. Sakit? Sudah semetinya. Tap...