MIMPI 58

1.3K 90 9
                                    

Kotak yang berisi kamera itu dibuka dan kamera dikeluarkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Kotak yang berisi kamera itu dibuka dan kamera dikeluarkan. Luaran kamera itu dibelek sekejap sebelum satu persatu butang yang ada yang ditekan sehingga memaparkan beberapa rakaman video.

Rakaman video yang pertama dimainkan.

"Mana awak dapat kamera ni?" Soal seorang perempuan dengan wajah kehairanan. Kamera yang sedang dipegang oleh seseorang itu diambil dan kini wajahnya penuh ruangan lensa kamera.

"Adalah, rahsia. Awak ada nak rakam apa-apa dalam ni?"

Putera Han tersentak. Suara itu... Adalah suaranya. Wajah seorang wanita yang sedang mengelamun jauh itu dipandang lama.

"Boleh saya cuba? Saya... Nak cakap sesuatu untuk Manis dan Bunga."

"Boleh." Dan kamera bergerak membetulkan kedudukan. Kini, susuk tubuh wanita itu elok berada di tengah-tengah rakaman video.

"Hai Manis... Kalau awak nak tahu, inilah rupa ibu awak. Cantik kan ibu? Cantik macam Manis." Wanita bernama Sekar itu mulai mengalirkan air mata.

"Ibu harap, Manis berjaya membesar dengan baik. Maafkan ibu andai ibu dan ayah tak sempat membesarkan Manis..."

"Bunga... Saya harap awak tengok rakaman ini. Saya... Sangat-sangat berterima kasih kepada awak dan juga Han. Kalian sudah banyak membantu saya dan Ahmad. Saya bersyukur." Sekar tersenyum di dalam tangisnya.

"Ibu sayangkan Manis. Sangat-sangat. Sampai jumpa lagi, anakku Manis..."

Dan rakaman video terhenti. Nafas Putera Han terhela lemah. Semakin dia melihat rakaman itu, semakin kuat denyutan di kepalanya. Siapa mereka yang berada di dalam rakaman itu? Rakaman itu telah dirakam oleh dirinya sendiri. Bagaimana dan bila?

"Tuan putera..."

Kelopak mata Putera Han terbuka luas. Tubuh Bunga yang sedang melangkah masuk ke dalam bilik kerjanya itu dipandang tajam. Isterinya itu hanya berjalan sambil menumduk tanpa sedikitpun memandang ke arahnya.

"Ada apa datang sini malam-malam macam ni? Kan aku dah cakap jangan merayau."

"Maaf, tapi saya nak sangat jumpa tuan putera. Ada benda saya nak tanya." Ujar Bunga perlahan. Dia masih lagi berasa serba salah tentang siang hari tadi.

"Kau nak tanya apa?"

Bunga mendongak memandang Putera Han. Baru sahaja dia mahu bercakap, sebuah kamera di atas meja kerja Putera Han menyapa kornea mata. Bergetar anak matanya memandang Putera Han.

"I-itu... Kamera yang kita tanam dekat Alginia dua tahun lepas?" Hilang terus soalan yang mahu ditanya tadi. Berganti dengan rasa tidak percaya memandang kamera yang sudah lama tidak dilihat itu.

"Kamera ni, Den yang bagi. Katanya penting untuk kau dan aku."

"Boleh saya tengok?"

"Sure. Lagipun... Ada rakaman video khas untuk kau daripada seseorang."

Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]Where stories live. Discover now