MIMPI 51

1.1K 75 8
                                    

Tangan yang sedang berada di dalam genggamannya itu di usap lembut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tangan yang sedang berada di dalam genggamannya itu di usap lembut. Bibirnya menarik senyum sebelum satu kucupan singgah pada dahi si gadis.

"Macam mana kalau suatu hari nanti saya mengandung?" Tak ada angin tak ada ribut, muncul pertanyaan itu dari mulut si gadis.

"Baguslah. Aku nak ada anak banyak-banyak dengan kau." Ujar Putera Han tidak main-main.

"Tapi... Tak ke nanti jadi susah?"

"Aku akan mudahkan semua benda untuk kau, my lady. Kau tak perlu risau. Aku akan uruskan semua benda. Kalau kau mengandung, aku akan jadi lelaki paling bahagia dekat dunia ni tahu?"

"Ya ke? Sure awak boleh tahan sabar layan kerenah budak-budak."

"Hundred percent sure." Jawabnya lagi sebelum tawa terletus tatkala melihat si gadis mencebikkan bibirnya. Tak puas hati lah tu dengan jawapannya.

"Ya lah tu. Adik kembar awak pun awak malas nak layan."

Putera Han memeluk bahu kecil itu dari tepi. Kecil betul. Ketara sangat dengan bahu dia yang bidang ini. Tapi tak apa, dia suka. Senang sikit nak buat peluk.

"Itu adik, sayang... Adik dengan anak ni tak sama. Kembar tu ada bonda dengan ayahanda diaorang, jadi biarlah bermanja dengan bonda ayahanda. Biar aku manjakan anak kita je nanti."

"Hm... Kalau ditakdirkan saya mengandung, nama anak kita nanti akan ada Puteri atau Putera dekat depan lah kan?"

"Betullah tu. Kalau perempuan..." Ayatnya terjeda. Mencari idea untuk sebaris nama buat anak yang entah bila akan kunjung tiba itu.

"Puteri Yara sounds good, right?"

"Puteri Yara? Kenapa Yara?" Kening si gadis terangkat sedikit.

"Maksud nama Yara adalah kupu-kupu kecil. Kalau perempuan, dia akan jadi kupu-kupu kecil kita yang pertama. Yara, si kupu-kupu kecil akan jadi bukti cinta kita."

Putera Han dapat lihat si gadis menyembunyikan senyum. Dan itu membuatkan dia turut rasa hendak tersenyum. Lagi dan lagi.

"Kalau lelaki?"

"Kalau lelaki, aku bagi kau yang pilih nama dia."

"Kalau macam tu—"

Kelopak mata Putera Han terbuka luas. Mimpi indahnya tadi terbang dan lenyap begitu sahaja. Wajahnya diraup kesal. Mimpi tadi itu... Dia ingin merasakannya sekali lagi. Berada di samping gadis itu, membuatkan hidupnya terasa lengkap. Tidak seperti sekarang. Kosong. Jiwanya terasa kosong sebaik sahaja tersedar dari tidur panjang itu.

Liurnya ditelan dengan payah. Tekak yang terasa kesat dek demam yang masih tidak kebah itu tidak terasa sakitnya berbanding rasa sakit di hatinya ketika itu. Dia marah. Tapi dia tidak tahu kepada siapa dan atas sebab apa dia perlu marah.

Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]Where stories live. Discover now