MIMPI 42

1.1K 58 0
                                    

Bunyi nafas tercungap-cungap kian kedengaran jelas di telinga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bunyi nafas tercungap-cungap kian kedengaran jelas di telinga. Dahinya berkerut hebat. Kelopak mata cuba untuk dibuka namun tidak boleh. Seketika, Putera Han menjadi lemas. Tubuhnya seolah diikat sesuatu. Matanya seolah digam dan mulut seolah di kunci.

Beberapa minit meronta, kelopak mata akhirnya berjaya dibuka. Matanya membulat besar tatkala tubuhnya kini sedang berlari laju di dalam sebuah hutan. Jadi... Bunyi nafas tercungap-cungap tadi adalah miliknya? Apa dah jadi? Kenapa dia sedang berlari sekarang?

"Hoi, berhenti!!!"

Laungan kasar yang datang dari arah belakang membuatkan kepala terteleng sedikit. Baju tentera? Tentera Alginia?! Ahh, kenapa dia kembali berada di situasi sebelum ditangkap oleh konco-konci Rumpin? Langkah kakinya semakin dipercepat sehingga memasuki ke dalam sebuah pintu dan bersandar di sebalik dindiny. Nafasnya diatur supaya tidak menimbulkan sebarang bunyi.

"Mana dia pergi?! Cari dia cepat! Mati kita kalau tuan tahu dia hilang!"

Nafas yang sedari tadi tertahan, dihela perlahan. Nampaknya tentere-tentera itu sudah pergi meninggalkan tempat itu. Dahinya berkerut sedikit apabila bau busuk seperti hanyir menusuk ke dalam hidung. Bau apa ni?Kamera di setia di dalam pegangan, dia angkat menghala ke seluruh kawasan. Setapak, dia melangkah.

Tap.

Tap.

Bunyi titisan air bergema menunjukkan betapa sunyinya tempat itu. Gelap dan suram. Kakinya semakin melangkah entah ke mana. Sehingga bau hanyir tadi menjadi semakin kuat. Putera Han menutup sekejap hidungnya. Loya. Bau seakan hanyir darah.

Pap!!

Pap!!

Pap!!

"Mengamuk ke kau ni?"

Putera Han berhenti dari melangkah. Di intai sedikit punca suara yang datang dari sebalik dinding sebelum kening bertaut rapat. Rahang dikertap kuat. Apa benda ni?! Darah merata-rata. Mengalir ke dalam aliran longkang kecil yang dibuat. Ada meja logam, dan juga dua orang lelaki di situ. Bersama parang dan juga... badan manusia.

"Mesti lah aku mengamuk! Kita berdua saja yang kena buat kerja ni! Mana pergi habis yang lain? Mati? Kalau mati aku tetak diaorang semua juga!" Balas seorang lagi lelaki yang bertubuh agak gempal. Masih galak menetak sesuatu di atas meja logam. Tulang kaki...

"Sabarlah. Tak semua orang boleh tahan buat kerja ni."

"Habis kau fikir aku tahan ke? Dengan bau hanyir! Fikir dapat duit banyak je aku tahan kerja sini. Kalau tidak, memang dah lama aku berambus." Geruti lelaki kegeraman. Apa sahaja yang berada di hadapannya ketika itu, habis ditetak sehingga lumat.

Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]Where stories live. Discover now