Perkenalan bersama anak raja, hanya sekadar batas perkerjaan. Tidak dibenarkan mempunyai sebarang perasaan. Sayang, cinta dan kasih. Semua ini adalah halangan. Halngan bagi seorang pemangku diraja untuk meluaskan empayar.
Sakit? Sudah semetinya. Tap...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Adam mencekak pinggang setelah menurunkan luggage milik Bunga dari dalam bahagian belakang kereta. Dijeling tajam Bunga yang hanya berdiri mudah sambil memandang dari tadi.
"Bunga nak pergi mana sebenarnya ni? Kemain berat beg ni ha. Apa benda lah yang Bunga sumbat dalam luggage ni." Rungut Adam tidak puas hati.
"Nak pergi mana tu, rahsia. Mana boleh bagitahu." Bunga tersengih. Hari ini, dia telah meminta tolong uncle Adam untuk menghantarnya ke jeti Emmeria. Mujurlah uncle Adam baik hari nak tolong hantar, tak ada lah dia kena pergi sendiri naik e-hailing.
"Kamu baik-baik. Bunga tu perempuan. Tak elok jalan sorang-sorang. Nanti buatnya kena culik, satu hal pula uncle nak pergi mencari." Pesan Adam, dah macam ayah-ayah dah.
"Bunga tahu lah, uncle. Bunga dah besar, pandai lah Bunga jaga diri sendiri. Uncle jangan risau okay?"
Adam mengeluh perlahan.
"Mana uncle tak risau Bunga. Ini kali pertama Bunga pergi melancong sorang-sorang. Bunga tu bukannya pernah pergi luar daripada Emmeria ni. Mentang-mentang dapat cuti panjang, terus jadi panjang eh langkah kau."
Gelak Bunga terhambur apabila mendengar ujaran berbaur rungutan itu. Nampaknya, dah ada bau-bau orang jeles sebab tak dapat cuti panjang macam dia.
"Uncle janganlah sedih. Nanti Bunga beli ole-ole dengan uncle okay?"
"Yelah. Dah, pergi lah masuk. Kang kena tinggal dengan kapal pula nanti."
"Thank you, uncle. Jumpa lagi nanti. Bunga pergi dulu."
Adam tersenyum sambil membalas kembali lambaian Bunga. Haihh lah Bunga. Cepat betul masa berlalu. Tup-tup dah membesar jadi gadis-gadis dah. Teringat pula dulu waktu pertama kali jumpa. Kecil ketot je.
Adam menggeleng perlahan. Jauh sangat kau pergi ni, Adam. Tiba-tiba nak berdrama dekat tengah-tengah lautan manusia ni. Haihh. Sekujur tubuh Bunga yang hanya samar-samar kelihatan itu, dipandang lama. Apa pun yang Bunga buat, uncle harap Bunga selamat.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.