Bunga mengerling sekilas Adam di sebelah. Lelaki separuh umur itu hanya santai duduk sambil memandang ke luar tingkap. Tak sekarang ni macam mana dia nak santai kalau dia dan Adam tengah duduk di seat belakang manakala Putera Han memandu dan permaisuri Ranisya pula duduk di bahagian penumpang hadapan.
"Uncle! Dah kenapa bukan uncle yang bawak kereta ni?" Bisik Bunga perlahan. Hujung mata sesekali memandang Putera Han yang sedang memandu, risau pula kalau terdengar bisikan Bunga itu.
"Putera Han memang macam ni. Dia tak suka duduk belakang, sebab tu dia pilih untuk drive." Bisik Adam kembali di telinga Bunga.
"Tak apa ke kita berdua duduk belakang ni? Macam kita pulak kerabat diraja, permaisuri dengan Putera Han tu driver."
"Huishh mulut tu! Dengar dek permaisuri nanti, habislah." Ujar Adam dengan mata yang membulat memberi amaran. Budak ni memang tak makan saman betullah! Dah orang bagi berehat tu, berehat aje lah diam-diam dekat belakang ni.
"Kan Bunga tengah berbisik ni. Uncle pun bisik lah perlahan sikit. Kuat-kuat memang permaisuri dengan Putera Han dengarlah."
"Shhh!! Sampai istana nanti lah kita borak." Kepala Adam tergeleng sedikit. Tahu pun diam mulut tu. Dari tadi ada je benda dia nak bercakap. Nasib baik tak ada salotep je sekarang ni, kalau tak memang dia dah salotep mulut gadis itu.
Sampai sahaja di istana, dahi Bunga berkerut sedikit apabila terdapat beberapa deretan kereta mewah terparkir elok di situ. Adam di sebelah dipandang dengan penuh tanda tanya namun lelaki itu hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
Kakinya dibawa keluar dari kereta. Anak matanya menyorot mengikuti langkah Putera Han yang laju pergi menyapa tetamu yang datang.
"Itu semua sepupu Han. Katanya datang sini nak habiskan cuti semester diaorang. Nanti Bunga kenal-kenal lah dengan diaorang ya." Kata permaisuri Ranisya sambil memandang anakandanya yang masih berpelukan dengan beberapa orang lelaki muda itu.
"Err, baik permaisuri." Bunga patuh, tapi perlu ke dia berkenalan dengan mereka? Macam tak penting pun kan?
YOU ARE READING
Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]
Storie d'amorePerkenalan bersama anak raja, hanya sekadar batas perkerjaan. Tidak dibenarkan mempunyai sebarang perasaan. Sayang, cinta dan kasih. Semua ini adalah halangan. Halngan bagi seorang pemangku diraja untuk meluaskan empayar. Sakit? Sudah semetinya. Tap...