'Meet me at maze garden. Gonna gift you some special gift.' - Yours, Han.Sticky note yang terlekat di skrin ipad itu dipandang lama sebelum tawa kecil terletus dari bibirnya. Bunga menggeleng perlahan. Entah kenapa, hatinya terasa berbunga-bunga apabila membaca dua perkataan terakhir itu. Yours, Han. Milik kau, Han.
Kini, Bunga berada di hadapan maze garden kepunyaan istana Emmeria. Jaraknya agak jauh jika berjalan kaki, hampir memakan masa lima minit. Maze garden itu dipandang dengan penuh takjub. Wau! Dia tak pernah lagi sampai ke taman ini. Ini merupakan kali pertamanya.
Dengan penuh yakin, dia melangkah masuk ke dalam maze garden itu. Ahh, ini kalau sesat mahu menangis dia dalam tu. Tujuannya cuma satu, dia mahu ke sebuah gazebo yang berada di tengah-tengah taman. Tingginya gazebo itu sehinggakan dia yang berada di luar maze garden sudah melihat bumbungnya.
Terjengket-jengket kakinya mahu melihat arah sebenar untuk ke gazebo. Bunga merengus perlahan. Putera Han ini pun satu, bagi lah peta kalau ya pun nak jumpa dekat tempat susah-susah macam ni. Sekarang ni dia dah sesat. Terperangkap di penghujung jalan.
"Sesat ke tu?"
Bunga memincingkan matanya. Tubuhnya dipaling dan terhiaslah Putera Han di situ bersama sebuah senyuman senget di bibir.
"Tak lah. Saja tengah repair pagar pokok ni. Rasa macam tukang kebun dah lama tak alter bagi kemas."
"Oh ye ke? Okay then. Repair lah dulu, kita jumpa nanti." Putera Han mengangkat bahu sebelum berpusing mahu meninggal Bunga di situ.
"Hei, tunggu lah!"
"Whoaa... Bercakap macam tengah cakap dengan member." Tangan Putera Han naik memeluk tubuh. Senyum kelakar yang hendak terlakar, ditahan sehabis baik agar tidak terpamer.
Saat itu, Bunga tersedar. Bibirnya ditepuk perlahan.
"Maaf, tuan putera."
"Nahh, gurau je. Jom pergi gazebo sana." Kata Putera Han sambil menunjuk ke arah gazebo yang berada tidak jauh dari situ.
"Kenapa mesti nak jumpa dekat tempat susah macam ni? Saya hampir sesat tadi tahu tak?"
"Bukan hampir tapi memang dah sesat. Really, Bunga? Maze garden ni bukannya besar mana pun."
"Tak besar tapi banyak lorong. Mana lah saya tahu lorong yang saya masuk tu jalan mati."
"Let me teach you something." Putera Han bergerak dan berdiri di belakang Bunga. Bahu Bunga diperbetulkan agar berdiri tepat di tengah-tengah lorong.
"Nampak lorong ni? Straight memanjang kan? Then dekat hujung sana baru boleh belok. Okay pusing sebelah sini pulak."
Bunga terkeras kejung. Tangan Putera Han terlekap elok di atas kedua belah bahunya dan dengan mudah menggerakkan tubuhnya agar berpusing ke sebelah kanan.
YOU ARE READING
Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]
RomancePerkenalan bersama anak raja, hanya sekadar batas perkerjaan. Tidak dibenarkan mempunyai sebarang perasaan. Sayang, cinta dan kasih. Semua ini adalah halangan. Halngan bagi seorang pemangku diraja untuk meluaskan empayar. Sakit? Sudah semetinya. Tap...