Satu persatu ketulan brownies itu dimasukkan ke dalam mulut lalu dikunyah sehingga hancur. Matanya tunak merenung kosong ke hadapan. Merenung bunga dan dedaun yang bergerak ditiup angin malam. Seketika, dia bersyukur kerana Putera Han mengenalkan tempat ini kepadanya. Sekurangnya, maze garden itu boleh menjadi tempatnya untuk mengambil masa bersendirian tanpa gangguan anasir-nasir jahat yang berhati busuk terhadapnya.
Tangannya meraba pinggan tanpa melihat. Dahinya berkerut apabila tangannya tidak berjaya menyentuh sebarang pastri yang berbentik kiub itu. Tak kan dah habis? Pantas sahaja mata mencari pinggan yang tadinya penuh dengan brownies itu. Lahh, dah habis. Bila masa dia habiskan ketul-ketulan brownies tu?
Bunga menghirup udara malam yang segar itu sebelum bersandar pada tiang gazebo. Matanya ditutup, cuba menghilangkan rasa penat setelah dikerah berbuat itu ini daripada hari petang sehingga lah menginjak malam. Memang tiada rasa simpati langsung mereka kepada Bunga. Benci sangat dekat dia agaknya.
Haih, sudahlah tu Bunga. Dah malam sangat dah ni. Kang kena culik dengan makhluk halus sia-sia ja hidup. Tapi kalau kena culik dengan makhluk halus sekalipun ada ke orang nak perasan yang dia hilang? Hmm... Mimpi aje lah. Silap silap sampai ke akhir hayat lah dia hidup dekat dalam dunia makhluk halus tu nanti.
Mata yang tadinya terpejam rapat, dibuka kembali. Dia mengeluh perlahan. Masa untuk balik ke bilik. Nanti pengawal akan membuat rondaan. Pelik pula mereka nanti bila tengok Bunga berkeliaran malam-malam buta begini. Dia akhirnya bangun dari gazebo, bersama pinggan di tangan dia berjalan perlahan menelusuri maze garden seperti yang telah diajar oleh Putera Han.
Sepuluh minit berjalan, Bunga masih tidak menjumpai jalan keluar. Renek peluh mula melata di dahi. Angin malam yang kian meniup sedikit sebanyak mendinginkan tubuhnya. Kedua bahunya digosok bagi menghilangkan rasa sejuk. Mana jalan keluar ni...
Lima minit...
Sepuluh minit...
Dua puluh minit...
Dan dia masih tidak menjumpa jalan keluar. Hanya jalan mati yang asyik ditembungnya. Kolam matanya mulai berkaca-kaca. Macam mana ni? Malam dah kian larut. Bunyi unggas malam yang pun semakin riuh menghiasi alam membuatkan dia berasa sedikit seram sejuk.
Bunga akhirnya terduduk di penghujung jalan. Jalan... Mati lagi. Lututnya dipeluk erat dan wajah disembam rapat ke atas lutut. Esakannya mulai menghiasi kesunyian malam diiringi dengan bungi unggas yang bersahutan sesama mereka.
Sesiapa... Tolong lah datang bantu dia... Terhincut-hincut bahunya menahan rasa sebak yang kian merajai hati. Ya Tuhan, kenapa banyak sangat ujian dia hari ini? Kenapa tak pernah sehari pun hidupnya berasa tenang seperi hidup orang lain?
"Bunga..."
Esakan Bunga terhenti. Namun wajah masih belum diangkat dari lututnya. Tak. Tak mungkin. Ini semua mesti imaginasi kau je Bunga. Monolog Bunga di dalam hati.
YOU ARE READING
Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]
RomancePerkenalan bersama anak raja, hanya sekadar batas perkerjaan. Tidak dibenarkan mempunyai sebarang perasaan. Sayang, cinta dan kasih. Semua ini adalah halangan. Halngan bagi seorang pemangku diraja untuk meluaskan empayar. Sakit? Sudah semetinya. Tap...