MIMPI 65

1.3K 83 3
                                    

Bilik besar yang memuatkan meja mesyuarat berbentuk bujur itu dipenuhi dengan beberapa orang manusia korporat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bilik besar yang memuatkan meja mesyuarat berbentuk bujur itu dipenuhi dengan beberapa orang manusia korporat. Masing-masing saling berbual perlahan bersama orang bersebelahan sehingga lah bilik itu dimasuki oleh seorang lelaki yang bakal mengetuai perbincangan pada hari itu. Pengarah Penyiasatan Alginia.

"Selamat pagi. Dah sarapan semua?" Soal lelaki 40-an yang memegang jawatan Pengarah Penyiasatan Alginia itu. Dia tersenyum nipis tatkala menerima anggukan dan jawapan daripada semua yang berada di dalam bilik itu.

"Terima kasih kepada semua yang hadir. Saya Tuan Fikh dan saya sendiri akan mengetuai siasatan berkaitan Yang Mulia Raja Kashim berkenaan aktiviti dan perniagaan haram yang telah berlaku." Tuan Fikh berdehem sedikit sambil memandang reaksi wajah-wajah di situ.

Ramai manusia berjawatan tinggi di dalam bilik mesyuarat ketika itu. Antaranya ialah peguam negara, wakil diplomat antarabangsa, ketua polis negara, beberapa orang pentadbir negeri-negeri di Alginia dan tidak terkecuali wakil daripada negara jiran yang salah seorangnya ialah Raja Al-Nurman.

"Pertama sekali, kita perlu menilai kesemua bukti yang ada. Sama ada bukti yang diperoleh sah atau pun tidak sah, benar atau palsu. Macam yang kita semua tahu, bukti pertama yang kita dapat adalah video yang berdurasi 9 minit 30 saat. Latar tempat adalah di Marvis sekitar tahun 1971. Dan pemilik rakaman video pula masih tidak dapat dikenal pasti. Itu juga akan menjadi salah satu agenda utama penyiasatan."

"Bukti kedua, kita baru peroleh kelmarin iaitu pada Khamis, 5 Januari 2024. Pihak polis telah melakukan serbuan di sebuah rumah banglo tiga tingkat yang dipercayai markas utama perniagaan haram ini. Terdapat lima buah bilik pembedahan dan tiga bilik penyimpanan organ-organ segar. Dan ketika serbuan kelmarin, kami dapati seorang doktor lelaki dan juga dua orang jururawat sedang melakukan pembedahan ke atas seorang pesakit remaja yang berusia 15 tahun."

"Mangsa dikatakan mengalami kecederaan dikepala akibat hentakan objek tumpul dan peluang untuk hidup adalah tipis. Dari maklumat yang saya dapat, mangsa merupakan anak yatim yang menetap di rumah anak Fajar. Mangsa dibawa ke hospital besar Alginia oleh orang awam dan dikatakan pihak rumah anak Fajar langsung tidak mengambil sebarang tindakan lanjut. Kita boleh sabitkan kesalahan rumah anak Fajar sebagai kesalahan pengabaian lah."

"Disebabkan tiada penjaga mahupun waris yang datang mewakili mangsa, mangsa telah dipindahkan ke banglo tiga tingkat iaitu markas utama pemerdagangan organ ini dan pembedahan telah dimulai kelmarin. Melalui soal siasat doktor lelaki dan dua orang jururawat tersebut, organ mangsa yang akan diambil adalah jantung, hati, buah pinggang dan paru-paru." Tuan Fikh menutup fail di tangannya menandakan kesemua laporan sudah di sampaikan kepada orang-orang berjawatan tinggi itu.

"Tapi, kita masih perlu memastikan bukti ini sahih dan kukuh. Saya cadangkan kita teruskan dengan penyiasatan menyeluruh. Kita kena cari pemilik rakaman video tersebut dan bukti yang lebih kukuh. Bukti pada video yang tersebar itu cuma bukti tentang jenayah yang dilakukan oleh Raja Mashwi, bukannya Raja Kashim. Kalau bukti yang digunakan tak kukuh, Raja Kashim akan boleh terlepas dengan mudah." Sampuk peguam negara pula.

Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]Where stories live. Discover now