MIMPI 25

1.6K 104 3
                                    

                Sekali lagi, taman bunga di belakang istana menjadi tempat Bunga meluahkan isi hatinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                Sekali lagi, taman bunga di belakang istana menjadi tempat Bunga meluahkan isi hatinya. Pagi itu, adalah pagi di mana majlis pengunguman penyatuan Putera Han dan Puteri Mirdal. Majlis itu akan diadakan di rumah kaca yang hampir memuatkan kira-kira lima ribu orang pada malam nanti. Tapi Bunga sudah mati rasa soal itu. Dia sudah tidak kisah tentang itu. Fikirannya kini dipenuhi dengan Sekar dan Ahmad. Dia masih tidak dapat menerima pengakhiran pasangan itu.

Bunga meraup wajah tatkala merasakan bahawa kolam matanya mula bertakung penuh. Tak. Dia tak mahu menangis lagi. Dia perlu memikirkan sesuatu untuk menuntut bela kematian Ahmad dan Sekar.

"Saya tahu awak mesti ada dekat sini."

Bunga menoleh. Bibir menarik senyuman kelat buat Wakeel. Apa lagi yang lelaki ini nak?

"Ada apa awak datang sini?"

"Cari awak. Saya ada sesuatu nak bagi dekat awak."

"Apa?" Kening Bunga terjungkit naik. Wakeel yang mula melabuhkan duduk di hadapannya itu dipandang.

"Ini. Gaun untuk malam ni. Kalau sudi, awak pakailah. Saya beli khas untuk awak, Bunga." Kata Wakeel dengan senyuman yang tidak pernah pudar di bibir.

Dengan teragak-agak, Bunga menyambut huluran beg kertas daripada Wakeel. Isi beg kertas itu dipandang sipi.

"Susahkan je. Lagipun saya dah pilih gaun kelmarin."

"Gaun khas untuk dayang peribadi tu? Awak tahu tak Bunga, gaun-gaun tu sebenarnya akan digunakan setiap kali ada majlis di istana. Makna kata, gaun itu adalah gaun yang sama cuma pemakai sahaja yang berbeza. Majlis kali ini, awak yang pakai gaun tu but majlis seterusnya orang lain pula yang pakai. Tak seronoklah macam tu." Beritahu Wakeel lagi.

"Saya sedar saya cumalah dayang istana. Memang itu yang patut saya dapat. Setaraf lah dengan kedudukan saya." Bunga tersenyum nipis. Apalah yang seorang dayang istana seperti dia hendak harapkan? Sudah diberi makan pakai dan juga gaji pun sudah cukup bertuah buat orang sepertinya.

Wakeel menggeru keningnya. Susah juga nak pujuk perempuan ya. Dia tak pernah pujuk perempun sebelum ini. Bunga gadis pertama yang dia melayan sebegini.

"Pakailah ya gaun tu. Saya tunggu awak malam nanti. I'll see you in that gown."

Satu keluhan terbit dari mulut Bunga. Pelipis kepala dipicit perlahan. Tidak dihiraukan Wakeel yang mengharapkan sebuah lambaian daripadanya itu. Pergilah. Dia penat nak bercakap dengan lelaki itu.

"Kau semakin rapat dengan Wakeel nampaknya." Tegur Putera Han yang muncul entah dari mana. Wajahnya kosong memandang beg kertas di atas meja batu itu. Tchh! Wakeel memang nak makan penumbuk dia agaknya.

"Stop it, Putera Han. Jangan ganggu saya lagi. Jangan menyusahkan saya lagi. Berhenti lah serabutkan kepala saya yang sedia serabut ni!" Suara Bunga naik seoktaf. Sungguh, dia sangat serabut ketika itu.

Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]Where stories live. Discover now