Pintu rumah kaca yang tersergam indah itu terbuka dengan sendirinya. Bunga menelan liur kesat. Entah kenapa, dia berasa begitu gugup untuk menyertai majlis diraja itu. Raja al-Nurman dan Permaisuri Ranisya yang berdiri di hadapannya itu dipandang. Dia hanya akan mengiringi tuanku permaisuri sehingga ke meja khas sahaja. Selepas itu, dia perlu beransur ke meja yang telah ditetapkan buat para dayang peribadi."I tak akan tahu yang you sebenarnya Bunga kalau you tak berdiri belakang bonda sekarang ni." Bisik Puteri Raysha perlahan. Puteri itu kini sedang berjalan di sebelahnya, memandangkan mereka perlu berjalan secara berpasangan.
"Terima kasih, tuan puteri. Tuan puteri pun extra cantik malam ni." Puji Bunga pula. Seketika kemudian, dia terkesima dengan hiasan mewah rumah kaca itu. Rumah kaca itu dipenuhi dengan bunga mawar berwarna merah. Melambangkan kemegahan milik kedua buah negara yang bakal bersatu itu.
"I wish I dapat duduk semeja dengan you. But sadly, I kena duduk semeja dengan puteri-puteri yang lain. Huhh." Puteri Raysha merengus perlahan.
"Kenapa? Puteri-puteri itu kan kawan dan sepupu tuan puteri juga?"
"I tak suka diaorang semua. I rasa macam I tengah bersembang dengan patung. Diaorang terlalu mengikut protokol."
Bunga tersenyum saja.
"Kita dah sampai ke meja khas. Saya pergi dulu, tuan puteri." Bunga menundukkan separuh badannya sebelum berlalu pergi dari bahagian hadapan rumah kaca itu.
Sepanjang perjalanan untuk ke meja khas buat dayang peribadi, terasa berpasang-pasang mata menumpu ke arahnya. Jantung Bunga berdebar laju. Takut. Meski dia yakin, tiada yang mengenalinya ketika itu, namun dia terap berasa tidak selamat. Dia seolah-olah sedang berada di dalam sebuah sangkar buaya.
"Hey, princess. Mind to join us?"
Bunga melarikan tangannya. Lelaki yang cuba untuk memegang tangannya itu dipandang tajam. Tidak jauh dari situ, ada sebuah meja besar yang dipenuhi dengan lelaki-lelaki muda. Kaum kerabat itu terlalu banyak sehingga tiada satu pun wajah yang dia kenali. Lagipula, masing-masing mengenakan masquerade mask di wajah.
"Maaf. Meja saya dekat belakang."
"Meja kitaorang ada satu lagi tempat kosong. You can join us if you want." Kata lelaki itu, masih tidak berputus asa.
Bunga mengeluh perlahan. Tak faham bahasa ke macam lelaki itu? Bibirnya, sedaya upaya mengukirkan senyuman sebelum gelengan diberikan.
"Terima kasih sebab pelawa. Saya pergi dulu."
"Sombong!"
YOU ARE READING
Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]
RomancePerkenalan bersama anak raja, hanya sekadar batas perkerjaan. Tidak dibenarkan mempunyai sebarang perasaan. Sayang, cinta dan kasih. Semua ini adalah halangan. Halngan bagi seorang pemangku diraja untuk meluaskan empayar. Sakit? Sudah semetinya. Tap...