MIMPI 53

1.1K 79 4
                                    

"Project ni ayah long target akan siap by one year

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Project ni ayah long target akan siap by one year. Lepas setahun, Royal Equestrian School ni dah boleh start beroperasi lah."

"Sekarang bangunan dah membangun berapa percent?" Tanya Putera Han sambil tangannya ligat memusingkan stereng buggy.

"Bangunan dan membangun hampir fourthy percent dah. Sebab ayah long berani cakap lagi setahun dah boleh beroperasi."

Putera Han mengangguk faham dengan penerangan Raja Rushdi berkenaan projek sekolah diraja itu.

"Kalau macam tu esok Han pergi tapak project, tengok apa yang patut. Kalau ada apa-apa lagi, ayah long bagitahu terus dekat Han lah."

"Boleh-boleh. Lega hati ayah long bila kamu setuju untuk terima projek ni. Ditanya Wakeel, dia pun tak mahu." Cerita Raja Rushdi lagi. Nak diharapkan anak sendiri, si Putera Aril tu mana berminat dengan bangunan-bangunan ni.

"Rasanya company Wakeel tengah handle project besar sekarang ni. Sebab itu lah dia tak boleh accept."

"Tak apa lah. Ayah long harapkan dekat kamu aje. Eh, itu bukan ke Aril?" Kata Raja Rushdi apabila ternampak susuk tubuh Putera Aril. 

"Anak siapa pula dia dukung tu?" Keningnya berkerut sedikit. Nak kata anak Putera Aril si Lila, macam bukan sebab budak itu kecil lagi. Baru saja masuk empat bulan.

"Ohh, itu Yaya. Anak Bunga. Budak tu memang rapat dengan Aril dari kecik lagi ha."

Buggy yang dinaiki Putera Han dan Raja Rushdi akhirnya sampai juga ke pondok yang sedang diduduki Putera Aril.

"Eh?"

"Apa eh, eh?" Raja Rushdi memandang Putera Aril atas bawah. Perangai tak melambangkan pemangku diraja langsung!

Putera Aril tersengih. Tahu yang si ayah sedang meng-judge dirinya. Tak apa dia dah biasa.

"Ni, meh naik sekali. Lepas ni ayahanda nak ajak kamu keluar kejap."

"Kejaplah. Nak kena hantar Yaya balik dulu." Kata Putera Aril sebelum bergerak sebelah pemandu. Disuruh Putera Han menginjak ke tepi supaya dia dapat duduk di bahagian pemandu.

"Kerja mengangkut anak orang je kamu ni, Aril. Jangan buat-buat lupa, kamu tu dah beranak isteri. Merajuk kang isteri kamu tu, apa pun tak dapat."

"Merajuk apa yah? Sekarang ni dia tengah keluar. Kononnya mother and daughter time. Father is not allowed. Padahal, dia keluar dengan kawan-kawan perempuan dia. Ditinggalkan suami ni sorang-sorang." Adu Putera Aril tidak puas hati. Sampai hati Hanum pentingkan kawan daripada suami.

Putera Han menepuk perlahan bahu Putera Aril. Sabarlah. Orang perempuan memang macam tu.

"Kau pegang si Yaya ni kejap." Suruh Putera Aril yang telahpun bersiap sedia mahu memandu. Biar dia pula yang bawak buggy tu.

Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]Where stories live. Discover now