MIMPI 15

1.6K 110 7
                                    

            Kepala ditunduk memandang lantai yang beralaskan karpet tebal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kepala ditunduk memandang lantai yang beralaskan karpet tebal. Jari-jemarinya dimainkan sesama sendiri. Gelisah. Lagi-lagi bila Tuanku Raja hanya diam tidak bersuara. Sekujur tubuh itu hanya ralit membaca beberapa dokumen tanpa menghiraukan dia yang sedang berdiri di situ.

Entah apa lah hukuman yang dia bakal terima sebentar lagi. Adakah dia akan dipecat serta merta? Adakah dia akan dipenjarakan kerana telah mencabar kaum diraja? Ahh, kenapa semua mesti terjadi dengan terlalu cepat? Dia baru sahaja bekerja di sini tapi kenapa begitu banyak masalah yang menghentam dirinya?!

"Bunga, right?" Soal Raja al-Nurman tiba-tiba. Nada suara itu langsung tidak menunjukkan sebarang kemesraan. Yang kedengaran cumalah nada mendatar menandakan Raja al-Nurman sedang berada dalam keadaan serius.

"Ya, saya."

"Lately, saya ada dengar berita kurang baik tentang awak. Dan saya tak berapa suka dengan perkara itu. Mind to explain it to me?" Raja al-Nurman menutup dokumen yang dibaca tadi. Kepalanya didongak memandang gadis yang sedang menunduk itu.

"Maaf, tuanku. Tapi itu semua tak betul. Saya tak pernah goda Putera Mahkota. Saya minta maaf jikalau saya adalah penyebab semua masalah ini berlaku." Ujar Bunga penuh merendah diri namun masih terselit ketegasan di sebalik suaranya.

Raja al-Nurman mengeluh perlahan. Batang hidung dipicit runsing.

"Saya bukan nak merendahkan awak sebagai seorang dayang istana. Tapi awak pun tahu, seorang Putera Mahkota tak akan pernah bersama dengan dayang istana. Banyak pihak akan menghalang. And it is not good for you also. Baru khabar angin, awak dah dibenci ramai orang. Awak rasa apa akan jadi kalau khabar angin tu benar-benar terjadi?" Panjang lebar Raja al-Nurman menerangkan perkara itu kepada Bunga.

Dia terpaksa malukakan hati gadis itu dengan fakta tersebut. Dia tidak mahu andai suatu hari nanti, akan tumbuh konflik-konflik yang tidak di ingini.

"Saya... Mungkin akan dihina." Jawab Bunga perlahan.

"Good for you to know that. Tak pernah dalam sejarah Emmeria seorang raja berkahwin dengan seorang dayang istana. Dan saya tak akan benarkan anak saya memecahkan sejarah tersebut dengan berkahwin dengan dayang istana. Awak faham, Bunga?"

Bunga mengertap bibir sebelum satu anggukan faham diberikan buat Raja al-Nurman. Wajahnya terasa begitu tebal pada saat itu. Malunya kepada Raja al-Nurman sangat tidak terhingga. Pasti kaum kerabat itu sudah menganggapnya sebagai penggoda murahan.

"Enough. You may go. Saya harap saya tak dengar lagi berita-berita mengarut macam ni. Saya tak nak benda ni sampai ke telinga rakyat di luar sana. Cukuplah penghuni istana sahaja yang tahu tentang perkara ini."

"Baik, tuanku. Saya minta maaf sekali lagi." Dan buat kesekian kalinya, bibir itu menuturkan kata maaf.

Taman bunga di belakang istana menjadi tempatnya meluangkan masa rehat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Taman bunga di belakang istana menjadi tempatnya meluangkan masa rehat. Bunga berjalan menelusuri pepohon bunga yang ditanam rapi di taman bunga itu. Sesekali, bibirnya menarik senyum kecil apabila ada beberapa ekor kupu-kupu yang terbang mengelilinginya.

Hidup Bunga terasa begitu sunyi. Siangnya tidak indah. Siangnya terasa begitu menyeksakan. Siangnya terasa begitu panjang. Tidak lokek dia berharap agar bulan segera menjelma di langit agar dia bisa menjumpai malam. Dia mahu tidur. Dia mahu memasuki alam mimpinya. Dia mahu berjumpa Sekar, Manis dan... Han.

Bunga memejamkan mata. Kakinya diorak perlahan seiring dengan mata yang terpejam rapat. Angin malam yang menampar permukaan wajah begitu mendamaikan hati dan fikiran yang sedia kusut. Namun nyamannya tidak selalunya berkekalan.

Bukkk!!!

"Watch your way, lady. Bila berjalan, buka mata. Bukannya tutup mata." Tegur satu suara.

Mata Bunga tercelik luas. Pemilik tangan yang sedang merangkul pinggangnya itu dipandang tanpa berkedip sebelum dia terleka. Bunga terleka dengan tatapan hangat... Putera Han. Senyuman di bibir itu, kelihatan sangat manis dan menggoda.

"Dah jatuh cinta?" Tengku Han menjungkitkan sebelah keningnya.

"Hahh?" Bunga langsung tersedar. Cepat-cepat bahu Putera Han ditolak sehingga rangkulan di pinggang terlerai. Dipandang Putera Han dengan kekok.

"Saya tanya, awak dah jatuh cinta ke belum sebab lama sangat awak tenung muka saya tadi." Ulang Putera Han kembali namun dengan versi yang lebih panjang.

"Saya dah lama jatuh cinta dekat awak, wahai putera." Monolog Bunga berbicara yakin. Sedangkan hakikatnya, sepatah perkataan pun tidak terkeluar dari mulut Bunga.

"I guess awak memang dah betul-betul jatuh cinta dekat saya." Putera Han tergelak kecil tatkala raut wajah terpinga-pinga milik gadis itu terhidang di depan mata. Haih lah, Bunga.

Bunga terkesima. Shock sebentar kerana ini adalah kali pertama dia memandang tawa Putera Han. Senyuman manis dan tawa yang sebelum ini cukup susah untuk dipamerkan pada umum, kini terpapar kepada dirinya. Hanya kepada Bunga seorang sahaja.
Bunga menelan liurnya kesat.

Bunga... Dia bukan taraf kau. Ingat pesan Tuanku Raja tadi, Bunga. Jangan ingkar kata Tuanku Raja. Jangan sesekali, Bunga.

"Haihh, tak sangka awak dah jadi bisu kan? Agaknya lepas beberapa malam yang lepas awak terus jadi bisu kan?"

"Beberapa malam yang lepas? Apa yang saya dah buat?"

"Let me tell you a secret, Bunga." Putera Han tersenyum senget. Selangkah, dia menapak mendekati tubuh kaku itu. Tatkala bibirnya didekatkan pada telinga Bunga, semerbak haruman indah terbit dari rambut yang tersanggul kemas itu.

"A few night ago, I see someone back in the palace. Here, in this garden. Wearing a very very seducing night wear."

"Si-siapa orang tu, Tuan Putera?" Dengan suara yang terketar-ketar, Bunga menyoal.

"Hm... That place kinda dark. I barely can't see her beautiful face."

Nafas Bunga yang sejak tadi tertahan, akhirnya terlepas kelegaan. Matanya dipejam sesaat.

"But I can see her figure. And I know who the figure belongs to. It's you, Bunga. My beautiful flower is being naughty that night."

Dang!!

Putera Han atau Han?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.















Putera Han atau Han?

Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]Where stories live. Discover now